Olivia Rodrigo dinobat Artis Baharu Terbaik, Anugerah Grammy

- Advertisement -

LAS VEGAS: Penyanyi Amerika-Filipina, Olivia Rodrigo sekali lagi melakar sejarah apabila dinobatkan Artis Baharu Terbaik, Anugerah Grammy Ke-64 yang berlangsung dari MGM Grand Garden Arena, Las Vegas, Amerika Syarikat (AS) jam 8 pagi ini (waktu Malaysia).

Saat namanya diumumkan sebagai pemenang, Rodrigo kelihatan terkejut dan tergamam. Malah, ketika naik ke atas pentas untuk menerima trofi, penyanyi lagu Happier itu tidak henti-henti menyebut nama Tuhan kerana tidak menyangka namanya diumumkan sebagai pemenang.

Dengan kemenangan itu, Rodrigo berjaya menewaskan calon lain seperti Arooj Aftab, Jimmie Allen, Baby Keem FINNEAS, Glass Animals, Japanese Breakfast, The Kid LAROI, Arlo Parks dan Saweetie.

Pada acara yang penuh gilang gemilang itu, Rodrigo turut meraih trofi Persembahan Solo Pop Terbaik menerusi lagu Drivers License yang berjaya meledakkan namanya, sejak kebelakangan ini .

Turut bersaing dalam kategori termasuklah Justin Bieber (Anyone), Brandi Carlile (Right on Time), Billie Eilish (Happier Than Ever) dan Ariana Grande (Positions).

Olivia Rodrigo terkejut dan tidak henti-henti menyebut nama Tuhan kerana tidak menyangka namanya diumumkan sebagai pemenang. - AGENSI
Olivia Rodrigo terkejut dan tidak henti-henti menyebut nama Tuhan kerana tidak menyangka namanya diumumkan sebagai pemenang. – AGENSI

 

Rodrigo yang tampil mengenakan gaun hitam lengkap mengenakan sarung tangan warna senada turut membuat persembahan pembukaan dengan membawakan lagu yang berjaya mengangkat namanya itu.

Gadis berusia 19 tahun ini mula dikesan bakat apabila menjayakan watak Paige Olvera, gitaris dalam siri terbitan Disney Channel, Bizaardvark.

Pemilik nama sebenar Olivia Isabel Rodrigo ini melakonkan watak sebagai Nini Salazar-Roberts dalam siriu High School Musical: The Musical: The Series yang disiarkan di Disney+ pada Februari 2019.

Januari 2021, Rodrigo melancarkan single sulung, Drivers Licence yang dipetik daripada album perdananya berjudul Soul yang pernah berada dalam kedudukan juara carta Billboard Hot 100.

Rodrigo memenangi Lagu Antarabangsa Terbaik menerusi Good 4 U dalam Anugerah Brit 2022 yang berlangsung di Arena O2, London pada Februari lalu. – AGENSI

 

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat