Women Talk bincang topik hangat wanita

- Advertisement -

BUAT pertama kali, rancangan temu bual The Women akan membawa topik dan isu-isu semasa bersama tokoh wanita dari pelbagai bidang pada setiap hari Sabtu, jam 5.00 petang.

Lebih menarik, program yang akan bersiaran selama 13 episod ini menampilkan tetamu jemputan untuk berkongsi pendapat dan informasi mengenai topik dan isu semasa yang menjadi fokus utama berkaitan golongan wanita.

Menerusi episod pertama Women Talk, topik yang dibicarakan adalah ‘Meraikan kemenangan wanita Malaysia’ dengan kemunculan istimewa Datuk Nicol David dan jurucakap kumpulan bekas penjawat awam (G25), Datuk Noor Farida Ariffin.

Nicol yang bukan sahaja mengharumkan nama negara dalam sukan skuasy, berkongsi pembabitan beliau dalam sukan itu di arena antarabangsa.

Noor Farida pula, seorang tokoh wanita yang lantang bersuara tentang isu semasa dan hal ehwal politik Malaysia bercerita tentang kejayaan hidup yang meninggalkan impak dalam hidup beliau.

Bukan itu sahaja, Women Talk juga bakal membincangkan isu-isu yang membabitkan gangguan seksual, vaksinasi dan dos penggalak Covid-19 kepada wanita dan kanak-kanak, pembabitan wanita dalam bidang perniagaan, tokoh-tokoh wanita yang berpengaruh di dunia politik, keselamatan kewangan dan saringan untuk pemangsa seksual yang memburu anak-anak kecil.

Sidang produksi Women Talk diketuai oleh Shahila Shah sebagai ketua penerbitan, manakala Datin Elaine Daly, Said Thani dan Farrah Naz Karim sebagai penerbit serta menampilkan Deborah Henry dan Zoraya Vadillo sebagai hos.

Untuk maklumat lanjut dan perkembangan terkini mengenai program TV3, layari www.xtra.com.my dan ikuti laman media sosial rasmi Facebook, Instagram & Twitter di @TV3Malaysia.

Harian Metro

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat