PH Umum Tiga Teras Utama Manifesto PRN Johor

- Advertisement -

BATU PAHAT – Tiga teras utama ditetapkan dalam Tawaran Pakatan Harapan (PH) kepada rakyat Johor dalam tempoh lima tahun akan datang sempena Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor kali ini.

Ia masing-masing melibatkan teras membina semula ekonomi rakyat; menjamin kesejahteraan rakyat; serta mewujudkan pentadbiran bersih, cekap dan bermaruah.

Menurut Pengerusi Amanah Johor, Aminolhuda Hassan manifesto yang diumumkan oleh PH menekankan kepada kepentingan rakyat, berbanding pemimpin politik.

Turut hadir pada pengumuman tersebut ialah Pengerusi Keadilan Johor, Syed Ibrahim Syed Noh dan Pengerusi DAP Johor, Liew Chin Tong.

Menerusi teras membina semula ekonomi rakyat, antara Tawaran Tindakan (TT) yang dikemukakan ialah mengusahakan pembukaan penuh sempadan Johor-Singapura dengan kaedah TEST dan RELEASE, tanpa kuarantin dan mematuhi prosedur operasi standard (SOP) Kementerian Kesihatan (KKM).

Turut ditawarkan dalam teras tersebut ialah memberikan modal awalan RM5,000 hingga RM10,000 kepada usahawan muda yang berpotensi dengan penekanan kepada sektor pertanian moden, e-dagang, robotik dan pelbagai sektor penting di Johor.

Ia merangkumi 14 TT, yang boleh dimanfaatkan oleh semua pengundi di Johor.

Bagi menjamin kesejahteraan rakyat pula, sebanyak 12 TT disenaraikan antaranya bayaran pendahuluan motosikal untuk pembelian kenderaan motosikal kepada B40 yang terpilih di setiap daerah bagi kegunaan kerja, dengan pembayaran sebanyak 10 peratus.

Sementara bagi teras ketiga, sebanyak 10 TT akan dilaksanakan termasuk melibatkan enakmen Anti-Lompat Parti.

Selain itu, menubuhkan Jawatankuasa Pilihan Khas yang akan mengkaji impak penambahan pengundi 18 tahun dan pengundi automatik serta akan mengemukakan cadangan penyelesaian kepada kerajaan dan DUN Johor. – Awani

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat