PN Pilih Calon Terbaik Johor Untuk Jadi MB Esok – Hamzah

- Advertisement -

PAGOH – Perikatan Nasional (PN) sedang menilai calon-calon mereka yang ‘terbaik’ untuk diketengahkan sebagai Menteri Besar Johor.

Setiausaha Agung PN, Datuk Seri Hamzah Zainuddin memberitahu Majlis Tertinggi PN akan mengadakan mesyuarat esok bagi memuktamadkan calon Menteri Besar dari PN.

“Buat masa ini kita sedang menilai dari segi sokongan seluruh calon-calon kita yang ada.

“Kita akan umumkan tidak lama lagi apabila keputusan dibuat oleh Majlis Tertinggi Perikatan Nasional. Kita akan adakan mesyuarat esok.

“Selepas itu (mesyuarat) baru kita akan pastikan siapa yang lebih baik untuk kita ketengahkan sebagai calon Menteri Besar,” katanya ketika ditemui sewaktu menyantuni pengundi di Pekan Pagoh pada Jumaat.

Hamzah yang juga Menteri Dalam Negeri bagaimanapun berkata, senarai pendek calon Menteri Besar itu tidak ramai.

“Tak ramai. Oleh kerana nak memilih YAB Menteri Besar itu kita mesti melihat dari segi ktiteria-kriteria tertentu kerana dari segi pengurusan beliau untuk menguruskan negeri ini, pengalaman yang ada pada mereka yang uruskan.

“…Dan yang paling penting adalah soal integriti mereka itu. Tidak boleh dipersoal,” tegas beliau.

Pun begitu Hamzah enggan mendedahkan sama ada calon itu muka baru atau muka lama.

Ahli Parlimen Larut yang juga Setiausaha Agung Bersatu itu juga merahsiakan parti calon potesi menteri besar itu.

Ditanya sama ada calon itu dari Bersatu atau komponen lain dalam PN, Hamzah cuma memberitahu ada beberapa calon.

“Apa yang saya katakan tadi ada beberapa calon.

“Ini akan dibuat keputusan oleh Majlis Tertinggi. Biarlah Majlis Tertinggi yang akan membuat keputusan,” kata Hamzah.

Sebelum ini, Ahli Majlis Tertinggi PN Datuk Seri Dr Ronald Kiandee berkata gabungan itu sudah mempunyai calon Menteri Besarnya.

Malah ia akan diumumkan Pengerusi PN, Tan Sri Muhyiddin Yassin tidak lama lagi. – Suara.TV

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat