Usahawan Terjejas Banjir Akan Disalurkan Bantuan – Noh Omar

- Advertisement -

CYBERJAYA – Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi kini sedang dalam proses mengenal pasti jumlah sebenar usahawan yang terjejas banjir di Kelantan dan Terengganu bagi membolehkan bantuan disalurkan kepada mereka terbabit.

Memetik laporan BH, Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi, Tan Sri Noh Omar, berkata pengumpulan maklumat usahawan berkenaan dibuat melalui proses yang sama seperti dilakukan kementerian itu ketika banjir berlaku di negeri lain pada Disember tahun lalu.

“Kita belum dapat lagi (jumlah sebenar usahawan terjejas), tetapi kita mempunyai lima saluran yang boleh mengesan golongan usahawan terbabit.

“Antara saluran itu, adalah menerusi Tekun Nasional (TEKUN), Amanah Ikhtiar Malaysia, (AIM) persatuan penjaja dan pihak berkuasa tempatan (PBT).

“Jadi, usahawan terjejas banjir terutama di Pantai Timur (Terengganu dan Kelantan) boleh memaklumkan keadaan mereka melalui pihak ini,” katanya, pada sidang media selepas program Kembali ke Sekolah Parlimen Tanjong Karang, di Institut Pengurusan Peladang (IPP) Tanjong Karang, di sini, hari ini.

Menurut beliau lagi, usahawan terjejas juga boleh membuat permohonan secara terus dalam talian yang kini sudah dibuka permohonannya.

Beliau yang juga Ahli Parlimen Tanjong Karang berkata, golongan ini hanya perlu membuktikan mereka berniaga dan mengalami kerugian akibat banjir.

“Bantuan ini terbuka kepada semua bangsa dan mereka yang layak boleh membuat permohonan sekarang,” katanya.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat