Pembangkang nekad hentikan rundingan mohon peruntukan daripada kerajaan – Takiyuddin

- Advertisement -

KUALA LUMPUR – Ahli Parlimen pembangkang akan menghentikan permohonan atau rundingan dengan kerajaan bagi mendapatkan peruntukan untuk kawasan masing-masing.

Ketua Whip Perikatan Nasional (PN), Datuk Seri Takiyuddin Hassan berkata, ia selepas dua kali pertemuan dengan Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Fadillah Yusof bagi membincangkan isu itu masih tiada jalan penyelesaian.

“Saya sahkan lebih sekali saya bermesyuarat dengan Fadillah yang diberi mandat Perdana Menteri untuk menyelesaikan isu ini.

“(Tapi) apa yang diminta daripada Fadillah ini supaya pihak pembangkang menulis surat kepada mereka (untuk) memberikan jaminan tertentu dan sebagainya.

“Kami bincang ini tidak sepatutnya berlaku kerana semasa kerajaan dulu di bawah pimpinan Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, kerajaan yang tawarkan kepada pembangkang tandatangan MoU disediakan, tak ada masalah apapun jadi kenapa pula kita perlu hantar surat untuk memohon dan beri akur janji?” katanya pada sidang media di ibu pejabat PN pada Jumaat.

Turut hadir, Setiausaha Agung PN, Datuk Seri Hamzah Zainudin.

Mengulas lanjut, beliau berkata, pihaknya juga tidak akan meneruskan rundingan atau permohonan mendapatkan peruntukan dengan kerajaan lagi berikutan perkara itu memang dijanjikan dalam manifesto Pakatan Harapan (PH).

“(Peruntukan) ini adalah janji dalam buku manifesto mereka iaitu memberikan peruntukan sama rata (ahli parlimen).

“Tetapi Perdana Menteri ‘pusing’ dia kata tak bermakna tak beri (beri projek di parlimen tertentu) itu bukan isunya.

“Isunya sekarang, peruntukan (perlu) diberikan (kepada) ahli Parlimen macam kerajaan sebelum ini seperti di Kelantan, Kedah, Terengganu dan Perlis diberikan peruntukan sama rata tidak kira pembangkang atau kerajaan,” lapor Harian Metro.

Sebelum ini, Datuk Seri Anwar Ibrahim dilaporkan berkata, peruntukan untuk ahli parlimen pembangkang akan disalurkan jika mereka bersedia untuk berunding dengan kerajaan.

Anwar turut menafikan beliau bertindak zalim apabila didakwa menganak tirikan empat negeri diperintah PN dengan mengurangkan peruntukan sebaliknya kerajaan meningkatkan peruntukan berbanding sebelum ini.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat