PBAKL2024 tingkatkan pendigitalan industri buku

- Advertisement -

CYBERJAYA — Buat julung kalinya Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur (PBAKL2024) melancarkan aplikasi baru iaitu ‘eventapps’ dalam usaha pendigitalan landskap pendidikan dan sumber ilmu negara dalam industri perbukuan.

Ketua Pengarah Pendidikan Malaysia (KPM), Azman Adnan berkata, kementerian menyokong usaha PBAKL2024 dalam mewujudkan pembaca baharu di kalangan masyarakat Malaysia agar budaya membaca terus membugar.

Walaubagaimanapun jelasnya usaha pendigitalan industri buku ini tidak akan sesekali menoktahkan ekosistem penerbitan buku secara fizikal malah berperanan sebagai pelengkap ke arah memartabatkan industri buku negara.

“Inisiatif ini selaras dengan perkembangan dan aspirasi Kerajaan dalam mereformasikan urus tadbir negara ke arah digital sekaligus menyokong aspirasi ‘Malaysia Madani’ yang menekankan aspek pembaharuan dan daya cipta bersandarkan kepada kemajuan teknologi dan digital.

“Inisiatif pendigitalan ini juga dijangka membawa impak yang jauh lebih besar dengan menghasilkan bank data industri buku yang lebih signifikan dan tepat, sekaligus berupaya membantu pihak Kerajaan dan penggiat industri untuk membuat keputusan dan menggubal dasar Kerajaan,” katanya di Majlis Pra Pelancaran Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur 2024 (PBAKL 2024), hari ini.

Tambahnya dalam nilai teras pertama Malaysia Madani iaitu ‘Kemampanan’ menekankan perihal mutu hidup yang seimbang berdasarkan citra Malaysia yang unik berasaskan ilmu pengetahuan dan kearifan tempatan.

“Begitu juga dengan nilai teras kedua ‘Kesejahteraan’ yang menggariskan Kesejahteraan ekonomi, sosial dan kelestarian alam melalui budaya ilmu dan kepelbagaian pandangan.

“Ini menggambarkan kepentingan buku, peranan ilmu dan keperluan budaya membaca ke arah pembinaan masyarakat madani yang bertamadun tinggi,” katanya.

Penganjuran PBAKL2024 kali ke-41 merupakan usaha berterusan KPM bersama penggiat industri perbukuan dalam mengukuhkan budaya membaca ke arah membentuk generasi madani.

Majlis Buku Kebangsaan Malaysia (MBKM) selaku penganjur utama, serta seluruh tenaga kerja yang terlibat dalam menjayakan PBAKL2024 pada tahun ini.

PBAKL 2024 edisi ke-41 yang akan diadakan di Pusat Dagangan Dunia (WTC) Kuala Lumpur dari 24 hingga 2 Jun ini bakal menghimpunkan 241 pempamer dari dalam dan luar negara dengan melibatkan 972 buah reruai.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat