Detik cemas wartawan BBC berhadapan gertakan China di Laut China Selatan

- Advertisement -

Manila- Wartawan dan Jurukamera Syarikat Penyiaran British (BBC) mengalami detik cemas berhadapan Pasukan Pengawal Pantai China dalam kawasan maritim Filipina di Laut China Selatan apabila kapal China itu meluru laju ke arah kapal mereka yang lebih kecil.

“Kami dapat melihat kapal China yang lebih besar bergerak lebih dekat, kedua-dua kapal kami bergerak dengan laju. Krew Cina cukup dekat untuk kami melihat wajah mereka. Dua daripada mereka merakam kami, semasa kami merakam mereka.”

BBC berada di atas kapal pengawal pantai Filipina BRP Bagacay apabila ia bertembung dengan kapal Pengawal Pantai China pada hari Selasa.

Menurut BBC Krew Filipina berlumba-lumba untuk menggantung penghadang buih kuning di tepi, bersiap sedia untuk perlanggaran.

Namun kapal China itu membelok tajam melintasi haluan mereka, memaksa kapten Filipina itu perlahan kapal secara tiba-tiba. Kedua-dua kapal itu berjarak kurang daripada lima meter.

“Kami berlumba ke arah Scarborough Shoal, sebuah batu karang kecil 220km (137 batu) di barat pantai Filipina, tetapi juga dituntut oleh China.

Menurut Ketua BBC Biro Asia Tenggara, Kapal-kapal China bertekad untuk menghalang mereka, dan terdapat banyak daripada mereka – pada satu ketika terdapat 10 daripadanya dari pengawal pantai dan militia maritim.

“Kapten Filipina itu bergantung pada kepantasan dan kebolehgerakan kapal buatan Jepunnya untuk bergerak lebih cepat daripada China, dan sampai ke dalam 600m dari beting, yang paling hampir.”

“Tetapi terdapat penghalang baru yang dipasang oleh orang Cina baru-baru ini, hanya kelihatan di bawah air. Kapal-kapal mereka berada betul-betul di belakang kami, dua meletakkan diri mereka di kedua-dua belah kapal Filipina, pada ketika itu mereka mula menembak meriam air.

Krew BBC disuruh ke dalam kapal bagi mengelak sebarang kecederaan.

“ketika berada di dalam kapal kami dapat mendengar jet air bergemuruh di dinding logam kapal. Mereka memecahkan awning di buritan, dan menghancurkan pagar di satu sisi.”

Kapal kedua Filipina dalam konvoi membawa bekalan untuk nelayan Filipina mengalami kerosakan yang lebih teruk , selepas menerima 10 hentaman terus dari meriam air, lapor BBC.

Permainan kucing-dan-tikus maritim ini bukanlah sesuatu yang baru di Laut China Selatan.

Tetapi pertemuan ini menjadi lebih kerap, dan lebih serius, sejak Presiden Bongbong Marcos memberi kuasa kepada pengawal pantai untuk mencabar kehadiran orang Cina di kawasan yang dipertikaikan dengan jauh lebih teguh berbanding sebelum ini.

“Bilangan kapal China yang kelihatan di sekitar beting itu amat menakutkan. Kami dapat melihat mereka dalam setiap arah, jauh melebihi jumlah yang boleh digunakan oleh Filipina.

“Ia seumpama pertarungan David dan Goliath,” kata Commodore Tarriela.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat