PRK KKB: Jangan menghina pihak lawan – Dr Akmal

- Advertisement -

KUALA LUMPUR: Ketua Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia, Dr Akmal Saleh meminta para pemimpin dan pekerja parti agar berkempen tidak menghina pihak lawan.

Menurutnya, berbeza pendapat tiada masalah tetapi jangan sampai menghina orang lain.

Akmal berkata demikian susulan kempen agresif Perikatan Nasional (PN) yang mengubai suai logo UMNO dan DAP yang jelas menghina kedua-dua parti itu.

”Kita boleh berkempen dengan matang,kerana kalah menang itu Allah yang akan tentukan,tetapi Islam tidak ajar kita dengan berkempen secara menghina pihak lawan

”Kempen dengan idea dan hujah bukan dengan menghina pihak lawan

”Kalau ada alasan kenapa dulu geng sebelah sini pon ada kempen menghina maka jawapan saya xkan lah benda yang buruk kita nak ikut dan amalkan,kalau mcm tu sampai bila politik negara kita nak jadi matang,” katanya menerusi Facebook.

Akmal menyeru semua pemimpin dan pekerja parti menunjuk akhlak yang kerana semua ini adalah cermin Islam di mata orang lain.

“Jadi tunjukkan akhlak yang baik kerana kita ini adalah cermin Islam di mata orang lain

”Sebab itu saya beritahu,pilih lah pemimpin yang bukan hipokrit

“Selamat memilih rakyat Kuala Kubu Bharu,” ujarnya.-SUARATV

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat