MB Perlis beri keterangan hampir sembilan jam kepada SPRM

- Advertisement -

PUTRAJAYA – Menteri Besar Perlis Mohd Shukri Ramli hari ini memberi keterangan hampir sembilan jam di ibu pejabat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) di sini.

Kenderaan Toyota Noah yang membawa beliau dilihat meninggalkan pekarangan SPRM pada 6.55 petang ini, selepas hadir memberi keterangan pada 9.50 pagi tadi bagi siasatan berhubung dakwaan salah guna kuasa.

“Macam-macam kes, saya pun tak pasti (disiasat di bawah akta apa),” kata Pesuruhjaya PAS Perlis itu secara ringkas kepada media ketika ditanya berhubung perkembangan siasatan dan akta berkaitan.

Ditanya sama ada beliau akan dipanggil lagi ke ibu pejabat SPRM selepas ini untuk dirakam percakapan, beliau hanya menjawab “tidak ada”.

Terdahulu, Ketua Pesuruhjaya SPRM Tan Sri Azam Baki berkata Mohd Shukri dibebaskan dengan jaminan selepas memberi keterangan di ibu pejabat agensi itu di sini.

Dua hari lepas, SPRM mengesahkan pihaknya sedang menyiasat seorang pemimpin kanan di utara tanah air, kerana disyaki melantik beberapa syarikat dipercayai mempunyai kepentingan dengannya membabitkan projek pembekalan dianggarkan bernilai RM300,000.

Sumber SPRM berkata pemimpin itu juga disyaki melantik beberapa syarikat bagi kerja-kerja baik pulih dan penyelenggaraan jalan, yang melibatkan peruntukan Pejabat Menteri Besar kira-kira RM1 juta, dan syarikat itu dipercayai mempunyai kepentingan dengan anak pemimpin berkenaan.

Media sebelum ini melaporkan lima individu termasuk anak Mohd Shukri ditahan SPRM berhubung kes membuat tuntutan palsu berjumlah hampir RM600,000. – Bernama

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat