- Advertisement -
KANGAR – Perikatan Nasional (PN) secara rasminya mengumumkan Datuk Seri Shahidan Kassim sebagai calon gabungan itu bagi kerusi Parlimen Arau pada Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15).
Pengerusi PN Perlis, Mohd. Shukri Ramli mengumumkan Shahidan selaku penyandang kerusi tersebut sebagai calon PN dengan menggunakan tiket Pas.
“Permohonan beliau (Shahidan) untuk bertanding di Arau telah dipersetujui oleh pucuk pimpinan Pas serta PN di peringkat pusat.
“Dengan terpilihnya Shahidan untuk mewakili PN, kita harap lebih banyak kerusi ditandingi akan menjadi milik PN pada PRU15,” katanya pada Majlis Pengisytiharan Calon PRU15 PN Perlis di Kompleks Pas di sini, sebentar tadi. – Kosmo
- Bekas Setiausaha Majlis Syura Ulama PAS Seru Undi BN Jika Mahu Halang Mudarat PH
- Dua Penyandang Kerusi Parlimen PAS Tanding Atas Tiket BN
- Sekutu PAS Dalam Gagasan Sejahtera Umum Sokong BN
- PAS Syukur BN Menang PRN Melaka, UMNO Sahabat MN Kita – Mursyidul Am PAS
- PRN Melaka: Pemimpin PAS Kecewa Ahli Sokong BN, Akan Saran Parti Pecat Keahlian
- PAS Gagal Tekan Ahli Wajib Undi PN, Ramai Pengundi Tak Balik Mengundi PRN Johor – Bersatu Ampang
- Bekas Ahli Parlimen PKR Dedah PH Fitnah Najib, UMNO Rompak RM19 Bilion