Tiada Kompromi Dalam Soal Jenayah Dan Kezaliman Tegas Hishammuddin

- Advertisement -

KUALA LUMPUR: Menteri Kanan Pertahanan, Dato’ Seri Hishammuddin Tun Hussein menegaskan kepada warga Universiti Pertahanan Nasional (UPNM) dan Angkatan Tentera Malaysia (ATM) tiada kompromi dalam soal jenayah dan kezaliman.

Hishammuddin merujuk kepada 18 orang bekas penuntut Universiti Pertahanan Nasional Malaysia (UPNM) yang telah dijatuhkan hukuman oleh Mahkamah akibat membunuh Pegawai Kadet Laut UPNM, Zulfarhan Osman Zulkarnain empat tahun lepas.

Jelasnya, Kematian Allahyarham Zulfarhan 4 tahun lalu amat mendukacitakan.

“Sebagai Menteri Pertahanan ketika itu, saya telah arah Akademi Latihan Ketenteraan (ALK) gantung segera 32 Pegawai Kadet serta nilai semula sistem latihan dan pengurusan pelatih di ALK. Saya juga jamin tiada siapa akan dilindungi dan terlepas dari undang-undang.

“Semalam keadilan ditegakkan yang mana pesalah telah dijatuhi hukuman. Ini pengajaran dan peringatan buat semua terutama warga UPNM dan ATM supaya tidak ulangi perbuatan keji ini. Saya tidak akan sesekali berkompromi dalam soal jenayah dan kezaliman!” kata Hishammuddin.

Beliau juga berkongsi gambar-gambar ketika melawat keluarga Allahyarham beberapa hari selepas kejadian pada tahun 2017.

“Semoga mereka sekeluarga terus tabah dan roh Allahyarham sentiasa dicucuri rahmat”. ujar beliau.

BekasKadet Laut UPNM Allahyarham Zulfarhan Osman Zulkarnain

Terdahulu, Mahkamah Tinggi menjatuhkan hukuman kepada enam bekas penuntut Universiti Pertahanan Nasional Malaysia (UPNM) pada Isnin selepas didapati bersalah menyebabkan kecederaan tanpa niat membunuh terhadap Pegawai Kadet Laut UPNM, Zulfarhan Osman Zulkarnain.

Hakim Datuk Azman Abdullah menjatuhkan hukuman itu terhadap Muhammad Akmal Zuhairi Azmal, Muhammad Azamuddin Mad Sofi, Muhammad Najib Mohd Razi, Muhammad Afif Najmudin Azahat, Mohamad Shobirin Sabri dan Abdoul Hakeem Mohd Ali.

Keenam-enam tertuduh bersama 12 lagi turut dijatuhi hukuman tiga tahun penjara selepas didapti bersalah atas tuduhan menyebabkan kecederaan terhadap Zulfarhan untuk mendapatkan pengakuan bahawa mangsa mencuri komputer riba.

Dua belas bekas penuntut berkenaan adalah Mohd Hafiz Fauzan Ismail, Mohamad Lukhmanul Hakim Mohd Zain, Ahmad Shafwan Berdal, Muhammad Amirul Asraff Mala, Luqman Hakim Shamsuri dan Muhammad Sufi Mohd Mustapha.

Selain itu, Noriznan Izzairi Noor Azhar, Muhamad Ashraf Abdullah, Muhammad Danial Firdaus Azmir, Muhammad Hasif, Muhammad Adib Iman dan Mohamad Syazwan atas tuduhan menyebabkan kecederaan terhadap Zulfarhan untuk mendapatkan pengakuan bahawa mangsa mencuri komputer riba.

Terdahulu, Muhammad Akmal Zuhairi, Muhammad Azamuddin, Muhammad Najib, Muhammad Afif, Mohamad Shobirin dan Abdoul Hakeem dihadapkan atas tuduhan membunuh serta bersubahat membunuh Zulfarhan dan didakwa mengikut Seksyen 302 dan Seksyen 109 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman mati mandatori. -SuaraTV

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat