PAS pilih logo PN bukti diyakini beri khidmat terbaik – Naib Presiden Bersatu

- Advertisement -

KUALA LUMPUR – Pilihan PAS untuk menggunakan lambang Perikatan Nasional (PN) di Melaka adalah bukti parti Islam berkenaan yakin dengan wadah perjuangan gabungan politik itu,” kata Naib Presiden Bersatu, Datuk Mohd Rafiq Naizamohideen.

Kata beliau, keputusan PAS itu kerana PN merupakan satu tawaran baharu kepada rakyat pelbagai kaum dan akan memberi perkhidmatan terbaik.

“Kita (akan) sentiasa bekerjasama dan bermesyuarat bagi memastikan jentera dapat digembleng secara maksimum untuk memastikan prestasi PN pada PRN dapat mencapai tahap membanggakan,” katanya menurut laporan Bernama.

Kelmarin, Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang memaklumkan parti itu akan menggunakan lambang PN bagi menghadapi PRN Melaka selepas perkara tersebut diluluskan oleh Mesyuarat Jawatankuasa Kerja PAS Pusat.

Mohd Rafiq, yang juga Pengerusi PN Melaka, ketika mengulas mengenai calon yang akan diketengah parti itu berkata ia akan diumumkan oleh Pengerusi, Tan Sri Muhyiddin Yassin.

“Ketika itu, rakyat boleh menilai calon dan juga (melihat pecahan) jumlah kerusi yang akan ditandingi nanti,” katanya.

Pada 22 Okt lalu, Muhyiddin dipetik sebagai berkata, PN dijangka bertanding di semua 28 kerusi pada PRN Melaka.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat