Nik Zawawi minta maaf kepada penganut Kristian

- Advertisement -

KUALA LUMPUR – Datuk Dr Nik Muhammad Zawawi Salleh hari ini memohon maaf secara terbuka kepada penganut Kristian dan rakyat Malaysia atas ucapannya yang dianggap menghina.

“Saya mohon maaf jika ada yang tergores, saya tidak berniat begitu.

“Apa yang saya niat saya adalah hendak pertahankan kitab Injil asal yang diturunkan kepada Nabi Isa, tanpa ada sebarang perubahan,” kata Ahli Parlimen Pasir Puteh di Dewan Rakyat, hari ini.

Memetik laporan Malaysiakini, sebelum itu Speaker Dewan Rakyat, Datuk Azhar Azizan Harun memerintahkan Ahli Parlimen PAS itu menarik balik kenyataannya sebelum ini dan memohon maaf.

Terdahulu Nik Zawawi dilaporkan enggan meminta maaf berhubung ucapannya di Parlimen bahawa kitab Injil “dipesongkan” dan penganut Kristian tidak mempunyai “hak untuk tersinggung”.

Beliau membuat kenyataan itu ketika membahaskan rang undang-undang untuk meminda Akta Pengangkutan Jalan bagi meningkatkan hukuman terhadap pemandu mabuk.

Menurut Nik Zawawi, langkah kerajaan untuk meminda undang-undang tidak boleh dianggap sebagai masalah agama kerana tidak ada agama yang membenarkan penganutnya meminum alkohol.

“Dari apa yang saya pelajari mempelajari agama perbandingan, tidak ada kepercayaan yang membenarkan penganutnya meminum alkohol. Tidak ada agama. Bukan agama Buddha, Hindu atau yang lain membenarkannya.

“Ini tidak seharusnya menjadi isu sensitif bagi penganut agama lain,” kataNik Zawawi.

Ucapan beliau kemudian ditegur oleh Ahli Parlimen Beruas, Ngeh Khoo Ham, yang berkata agama lain membenarkan pengambilan alkohol tetapi tidak sampai ke tahap mabuk.

Nik Zawawi bagaimanapun menolak penjelasan Khoo Ham, dengan alasan bahawa “sebelum Injil dipesongkan, agama Kristian telah melarang alkohol”.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat