Beri SPR kuasa tangguh pilihan raya – Ab Rashid

- Advertisement -

CYBERJAYA: Suruhanjaya Pilihan Raya perlu diberi kuasa untuk menangguhkan pilihan raya sekiranya berlaku kecemasan atau krisis yang memerlukan ia ditangguh, kata Pengerusi Jawatankuasa Khas Pembaikan dan Undang-undang Pilihan Raya (ERC) Tan Sri Ab Rashid Ab Rahman.

Dalam satu kenyataan Ab Rashid menjelaskan, pada masa ini, kuasa badan itu hanyalah untuk menguruskan perjalanan pilihan raya dan wajib mengadakannya apabila ada kekosongan kerusi, kata pengerusi Jawatankuasa Khas Pembaikan Sistem dan Undang-Undang Pilihan Raya.

“Sudah tiba masa peruntukan baharu iaitu memasukkan artikel atau subartikel baharu dalam Perlembagaan Persekutuan atau seksyen baharu dalam Akta Pilihan Raya 1954 disediakan bagi memperkasakan SPR yang diberi amanah untuk mengendalikan dan menguruskan pilihan raya di negara ini,” katanya.

Perkara 54 Perlembagaan Persekutuan menetapkan SPR wajib mengadakan pilihan raya dalam masa 60 hari daripada tarikh kekosongan kerusi di Parlimen.

Peruntukan sama juga termaktub dalam undang-undang tubuh negeri berhubung tugas SPR melibatkan dewan undangan negeri.

Jelas beliau peruntukan khusus itu boleh memberi kuasa kepada SPR untuk mengambil tindakan perlu apabila berlaku keadaan krisis yang memudaratkan negara, seperti krisis kesihatan, huru-hara dan bencana alam.

Menurut Ab Rashid, ERC dalam laporannya yang diserahkan kepada Perdana Menteri Muhyiddin Yassin turut mencadangkan SPR membangunkan garis panduan khusus berkaitan pengurusan pilihan raya semasa krisis.

“ERC bersedia untuk membantu Kerajaan dan semua pihak berkepentingan dalam mewujudkan peruntukan baharu berkaitan dengan keperluan menangguhkan pilihan raya semasa krisis,” katanya.

Peruntukan baharu itu tambahnya akan menjadikan sistem pengurusan pilihan raya di Malaysia lebih efektif dan adil.

Ab Rashid mengulas kenyataan Menteri di Jabatan Perdana Menteri Mohd Redzuan Md Yusof semalam bahawa kerajaan sedia mengkaji cadangan untuk mewujudkan undang-undang membabitkan proses pilihan raya bagi mengekang penularan wabak seperti Covid-19.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri Takiyuddin bagaimanapun berkata pindaan seumpama itu tidak bersesuaian dengan Perlembagaan Persekutuan manakala pindaan ke atas perlembagaan memerlukan sokongan dua pertiga anggota Dewan Rakyat, yang sekarang tidak ada.

Dalam satu jawapan bertulis kepada soalan Datuk Seri Mahdzir Khalid (BN-Padang Terap), Takiyuddin memberitahu bahawa Perlembagaan Persekutuan pada masa ini menyediakan jalan keluar iaitu pengisytiharan darurat.

“Pihak Kerajaan boleh mencadangkan penangguhan suatu pilihan raya sekiranya pandemik ini difikirkan boleh diisytiharkan darurat seperti yang diperuntukkan dibawah Perkara 150 (1) Perlembagaan Persekutuan,” katanya.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat