Saksi Dakwa Bekas Setiausaha Politik Mahathir Mengaku Terima RM2 Juta

PBS Rakan Kongsi PN, Tapi Bukan Ahli

KOTA KINABALU - Parti Bersatu Sabah (PBS) mengumumkan telah menandatangani perjanjian kerjasama dengan Perikatan Nasional (PN) namun, tidak akan menjadi salah satu anggota dalam...

Liverpool Miliki Thiago

DENGAN harga RM144.88 juta (27 juta pound), Liverpool bersetuju mendapatkan Thiago Alcantara dari Bayern Munich. Pengurusan Liverpool sebelum ini tidak bersetuju dengan harga awal yang...

Jurulatih Kelantan United Mahu Pastikan Ke Piala Malaysia

KOTA BHARU: Misi memastikan Kelantan United layak ke Piala Malaysia musim ini menjadi sasaran utama jurulatih baharu, Nazrulerwan Makmor. Bermula semalam, Nazrulerwan ditugaskan membimbing Kelantan...

Gagasan Rakyat Sabah Menang, PRU15 Segera – PM

KOTA BELUD - Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin memberi keyakinan sekiranya Gabungan Rakyat Sabah (GRS) berjaya menakluk Sabah dalam Pilihan Raya Negeri (PRN)...

MPS Sita Pejabat Azmin Ali Di Gombak

GOMBAK - Pejabat Ahli Parlimen Gombak, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali dan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Gombak Setia, Muhammad Hilman Idham di Taman...

KUALA LUMPUR – Mahkamah Tinggi hari ini, diberitahu bahawa bekas pegawai khas politik Tan Sri Mohd Isa Abdul Samad, Muhammad Zahid Md Arip sudah diberi wang RM2 juta sebagai tanda terima kasih kerana menjadi penghubung dalam urusan penjualan Merdeka Palace Hotel & Suites (MPHS) di Kuching, Sarawak.

Mohamad Jani Ismail, 58, pesara tentera berkata, Muhammad Zahid memaklumkan perkara itu kepadanya sebelum bermulanya mesyuarat bersama pelabur dari Jepun di sebuah hotel di Putrajaya pada 8 Jun 2018.

“Sebelum pelabur dari Jepun itu tiba kira-kira jam 10 malam, Muhammad Zahid ada menyatakan beliau mahu menghisap rokok di kawasan menghisap rokok.

“Jadi saya yang ditemani Encik Dahalan Tunggal yang turut menghadiri mesyuarat berkenan pergi menemani Muhammad Zahid.

“Semasa kami menghisap rokok, saya bertanya kepada beliau (Muhammad Zahid), tentu saudara Zahid sudah banyak duit kerana telah dilantik jadi Setpol PM (ketika itu Setiausaha Politik kepada Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad).

“Muhammad Zahid kemudian membalas secara bersahaja dan menyatakan bahawa beliau ada sedikit duit apabila menjadi orang penghubung dalam urusan penjualan Hotel Merdeka Palace di Sarawak yang beliau telah diberikan RM2 juta sebagai tanda terima kasih,” katanya ketika membacakan penyataan saksi pada hari ketiga prosiding bela diri Mohd Isa yang menghadapi sembilan pertuduhan rasuah.

Bagaimanapun, saksi pembelaan keempat itu berkata, Muhammad Zahid memberitahunya bahawa Mohd Isa tidak mengetahui berkenaan transaksi wang RM2 juta terbabit.

Ketika disoal balas Timbalan Pendakwa Raya Afzainizam Abdul Aziz sama ada beliau memaklumkan perkara itu kepada Mohd Isa, Mohamad Jani berkata “ada, selepas 8 Jun 2018”.

Afzainizam : Ketika itu Tan Sri Mohd Isa belum dituduh di mahkamah?

Mohamad Jani : Saya tidak tahu.

Mohamad Jani yang juga bekas jurulatih tinju Malaysia pada 1992 hingga 1998 berkata, selepas dimaklumkan mengenai perkara itu, Mohd Isa bagaimanapun tidak memintanya membuat laporan kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).

Afzainizam : Saya katakan kepada kamu pengakuan ini (terima RM2 juta) tidak pernah dibuat oleh Muhammad Zahid.

Mohamad Jani: Tidak betul.

Afzainizam : Tentang pengakuan RM2 juta maklumat itu penting sepatutnya disalurkan kepada SPRM

Mohamad Jani: Tidak setuju.

Mohamad Jani turut tidak bersetuju dengan cadangan pendakwaan bahawa beliau takut untuk memberi keterangan kepada SPRM.

Beliau juga menafikan cadangan pendakwaan bahawa tindakan beliau membuat akuan itu adalah untuk menyelamatkan Mohd Isa dan terhutang budi kepada Mohd Isa.

Afzainizam: Adakah kamu mewujudkan akuan ini (RM2 juta) semata-mata dengan niat untuk memburuk-burukkan Muhammad Zahid

Mohamad Jani: Tidak setuju.

Semasa pemeriksaan semula oleh peguam Datuk Salehuddin Saidin yang mewakili Mohd Isa mengapa beliau tidak membuat laporan polis sedangkan saksi itu mengetahui Muhammad Zahid menerima wang RM2 juta, Mohamad Jani berkata, “Saya klasifikasikan ini duit ucapan terima kasih sebagai orang perantaraan dan dia mengaku terima RM2 juta”.

Mohamad Jani juga berkata, beliau tidak mengetahui sama ada wang itu rasuah atau sebaliknya.

Mohd Isa berdepan sembilan pertuduhan menerima rasuah berjumlah RM3,090,000 daripada Ahli Lembaga Gegasan Abadi Properties Sdn Bhd, Ikhwan Zaidel menerusi Muhammad Zahid, sebagai tanda terima kasih bagi membantu meluluskan pembelian hotel oleh FICSB pada RM160 juta.

Semua kesalahan itu didakwa dilakukan di Tingkat 49, Menara Felda, Platinum Park, No. 11, Persiaran KLCC di sini antara 21 Julai 2014 dan 11 Disember 2015.

Setiap pertuduhan itu didakwa mengikut Seksyen 16(a)(A) Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia 2009 dan boleh dihukum mengikut Seksyen 24(1) akta sama, yang membawa hukuman penjara maksimum 20 tahun dan denda tidak kurang lima kali ganda jumlah atau nilai suapan atau RM10,000 mengikut yang mana lebih tinggi, jika sabit kesalahan.

Pihak pembelaan hari ini menutup kesnya selepas memanggil enam saksi dan Hakim Mohd Nazlan Mohd Ghazali menetapkan 4 November ini untuk mendengar hujahan kedua-dua pihak. – Bernama

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Topik Hangat

Bagi Sumbangan Tak Tanya Kami, Pegawai Mukhriz Bidas Ebit Liew

ALOR SETAR - Eksekutif Media Menteri Besar Kedah mendakwa tindakan penceramah terkenal, Ustaz Ebit Lew memberikan bantuan kepada golongan asnaf di negeri itu telah...

Haramkan Sekolah Tahfiz Kalau Mahu Arak Diharamkan Kata Siti Kassim

Kuala Lumpur - Peguam Siti Zabedah Kasim menyelar cadangan Pas untuk mengantung penjualan arak ekoran peningkatan kes yang melibatkan pemandu mabuk. Dia yang lebih dikenali...

Seorang Menteri Umum Letak Jawatan Petang Ini

Kuala Lumpur - Seorang menteri dijangka bakal mengumumkan meletak jawatan petang ini. Menurut sumber yang menghubungi SuaraTV sebentar tadi satu sidang akhbar akan diadakan bagi...

Berita Berkaitan

PBS Rakan Kongsi PN, Tapi Bukan Ahli

KOTA KINABALU - Parti Bersatu Sabah (PBS) mengumumkan telah menandatangani perjanjian kerjasama dengan Perikatan Nasional (PN) namun, tidak akan menjadi salah satu anggota dalam...

MPS Sita Pejabat Azmin Ali Di Gombak

GOMBAK - Pejabat Ahli Parlimen Gombak, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali dan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Gombak Setia, Muhammad Hilman Idham di Taman...

500 Ahli Warisan Keluar Parti, Sertai Parti Cinta Sabah

PAPAR – Gempar seketika apabila lebih 500 ahli Parti Warisan Sabah (Warisan) bahagian Papar bertindak keluar parti dan menyertai Parti Cinta Sabah (PCS) kelmarin. Tindakan...