Bersatu sekali lagi tidak bertanding pada PRN Sarawak

KUALA LUMPUR – Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) memutuskan untuk tidak meletakkan calon pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Sarawak ke-13. Ini kali kedua berturut-turut parti itu mengambil pendirian sedemikian selepas PRN 2021.

Di peringkat Persekutuan, Bersatu mempunyai satu kerusi Parlimen di Sarawak, iaitu Saratok, yang diwakili Datuk Ali Biju. Beliau mempertahankan kerusi itu atas tiket Bersatu pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) pada 2022.

Setiausaha Agung Bersatu, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali, dalam kenyataan pada 25 November berkata, parti itu mengikuti perkembangan politik di Sarawak yang memberi tumpuan kepada kestabilan, keharmonian antara kaum dan pembangunan ekonomi yang lestari.

“BERSATU Negeri Sarawak akan terus berusaha memperkukuhkan asas perjuangan BERSATU sebagai wahana untuk memberi khidmat kepada rakyat Sarawak,” katanya.

Pengumuman itu dibuat tiga hari sebelum penamaan calon pada 28 November. Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menetapkan 8 Disember sebagai hari pengundian awal dan 12 Disember sebagai hari pengundian bagi kesemua 82 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Sarawak.

Pada PRN 2021, Presiden Bersatu, Tan Sri Muhyiddin Yassin, mengumumkan parti itu memberi laluan kepada Gabungan Parti Sarawak (GPS) untuk bertanding di kesemua 82 kerusi. GPS kemudian memenangi 76 kerusi, manakala Parti Sarawak Bersatu (PSB) memperoleh empat kerusi dan DAP dua kerusi.

Di Kuching hari ini, Premier Sarawak yang juga Pengerusi GPS, Tan Sri Abang Johari Tun Openg, mengumumkan senarai penuh 82 calon gabungan itu bagi mempertahankan mandat pada pilihan raya kali ini.

GPS menampilkan 11 muka baharu, manakala Abang Johari dan ketiga-tiga timbalan premier akan mempertahankan kerusi masing-masing.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat