Lim Guan Eng Lemah Ingatan, Kata Setiausaha Politik Zuraida

- Advertisement -

KUALA LUMPUR – Setiausaha Politik, Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan hari ini tampil membuat pendedahan berhubung lebihan kos rundingan terus (RT) projek sisa pepejal di Taman Beringin, Kepong.

Nor Hizwan Ahmad berkata, perkara itu sengaja diperbesarkan untuk dijadikan isu bagi menyampaikan mesej yang tidak baik terhadap bosnya, Zuraida Kamarudin.

Menurut Nor Hizwan, projek RT yang digembar-gemburkan oleh bekas Menteri Kewangan, Lim Guan Eng sebenarnya tidak melibatkan Zuraida dan ‘tidak ada setitik pun dakwat’ pun dari kementeriannya ‘tertumpah’ atas kertas perbincangan mengenai projek tersebut.

“Hari ini saya terpaksa menegur mantan Menteri Kewangan, Lim Guan Eng yang saya anggap lemah ingatan dan terpilih.

Bila ditanya perkara khusus tentang rundingan terus dia seolah-olah lupa putar belit fakta dan lepas tangan.

“Ianya berlaku semasa pentadbiran kerajaan Barisan Nasional sebelum YB (Zuraida) belum jadi menteri lagi,” katanya pada sidang media di sini hari ini.

Nor Hizwan berkata, pada 16 Mac 2017, syarikat yang terlibat iaitu Bumi Segar Indah telah mengemukakan cadangan kepada Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT).

Pada 3 November 2017 pula memorandum jemaah menteri bagi hal berkenaan telah dibentangkan di Kabinet.

Bagaimanapun beliau berkata, pada 27 November tahun berkenaan, Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) menghantar surat kepada Kementerian Kewangan bagi memaklumkan kelulusan jemaah menteri bagi mempertimbangkan pelaksanaan projek.

“Setelah ada permohonan daripada syarikat kemudian jemaah menteri bermesyuarat dan KPKT serahkan hasil mesyuarat kepada kementerian kewangan semula dan pada 27 November juga surat niat dikeluarkan kepada Bumi Segar Indah.

“Daripada 3 Mei 2018, Lembaga Perolehan KPKT memuktamadkan harga rundingan projek. Maknanya, daripada 16 Mac 2017 sampai 3 Mei 2018, perkara ini daripada perbincangan sampailah keluar keputusan lembaga perolehan,” ujarnya.

Nor Hizwan turut menegaskan, Zuraida mengangkat sumpah sebagai menteri adalah pada 21 Mei 2018 dan pihak yang menandatangani keputusan perolehan daripada wakil ketua setiausaha perbendaharaan, Jabatan Kerja Raya adalah sebelumnya.

“Jadi di sini, fasa ini tidak ada kena mengena perbincangan langsung dengan Zuraidah.

“Zaman pemerintahan Pakatan Harapan (PH) sebab bila diputuskan pada 3 Mei selepas itu bila PH ambil alih kita telah putuskan untuk tidak ada lagi projek rundingan terus. Maka semua kelulusan yang telah diberikan kena ditangguhkan dulu sehingga proses seterusnya.

“Setelah diumumkan kerajaan PH tidak mahu ada projek rundingan terus, apa yang berlaku adalah, kalau ada keperluan kan dibincangkan semula, maka projek ini tertangguh dan tidak berjalan,” ujarnya lagi.

Sebelum ini, Ahli Parlimen Batu, P Prabakaran menggesa Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menyiasat lebihan kos projek berkenaan.

Beliau merujuk laporan media bahawa projek itu sebenarnya bernilai RM120 juta tetapi apabila senarai syarikat yang mendapat projek itu dikeluarkan oleh Kementerian Kewangan, dikatakan meningkat kepada RM170 juta. – MalaysiaGazette

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat