Zahid Md Arip Dakwa Sel Tahanan SPRM Ada Hantu – Mohd Isa

PRN Sabah: Warisan Tumbang

Kota Kinabalu - Parti Warisan Sabah (Warisan) pimpinan bekas ketua menteri, Datuk Seri Shafie Afdal tumbang setelah Gabungan Rakyat Sabah (GRS) berjaya memperolehi 37...

GRS Perlukan 9 Kerusi Lagi Untuk Bentuk Kerajaan Negeri Sabah

KOTA KINABALU - Gabungan Rakyat Sabah (GRS) di laporkan telah memperolehi 28 kerusi dan memerlukan hanya 9 kerusi lagi bagi membentuk kerajaan negeri. Menurut keputusan...

Presiden UPKO Tewas Di DUN Kiulu

KOTA KINABALU - Presiden Pertubuhan Kinabalu Progresif Bersatu (UPKO), Datuk Seri Wilfred Madius Tangau tewas di Dewan Undangan Negeri (DUN) Kiulu pada Pilihan Raya...

Individu Pulang Dari Sabah Akan Disaring Bermula Esok – Dr Noor Hisham

PUTRAJAYA - Semua individu yang tiba dari Sabah akan disaring di pintu masuk domestik dan antarabangsa, bermula esok hingga 10 Oktober depan. Ia susulan peningkatan...

LIVE – KEPUTUSAN TIDAK RASMI PRN SABAH

Tidak Rasmi: Warisan Plus (Warisan, UPKO, PKR, DAP, Amanah) : 27 GRS (BN/PN/PBS): 37 Usno: 1 Bebas: 2 22.35 : Keputusan rasmi dari laman sesawang SPR menunjukkan GRS...

KUALA LUMPUR – Bekas Pengerusi Felda Tan Sri Mohd Isa Abdul Samad dalam pembelaannya di Mahkamah Tinggi di Kuala Lumpur memberitahu bahawa bekas pegawai khas politiknya, terpaksa mengaitkan beliau dalam tuduhan rasuah RM3 juta bagi melepaskan diri daripada pertuduhan rasuah.

Mohd Isa berkata Muhammad Zahid Md Arip memberitahunya bahawa dia terlalu tertekan kerana diganggu ‘hantu’ di sel tahanan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dan terpaksa bertindak sedemikian.

“Saya jumpa dia (Muhammad Zahid) semasa bapa saudaranya meninggal dunia (kenalan Mohd Isa) pada 2018, saya bertanya khabar serta menegurnya mengapa kelihatan kurus. Dia kata semasa dalam tahanan reman ada macam-macam benda.

“Dia ditahan di bangunan lama SPRM, dia kata salah satu sel berhantu. Disebabkan ketakutan dan tertekan dia terpaksa ‘implicate’ (membabitkan) nama saya untuk melepaskan dirinya,” katanya semasa pemeriksaan utama oleh peguamnya Datuk Salehuddin Saidin pada hari pertama prosiding bela diri terhadap sembilan pertuduhan rasuah.

Mohd Isa yang juga bekas Menteri Besar Negeri Sembilan itu berkata beliau meminta Muhammad Zahid membetulkan kenyataan yang mengaitkannya itu, namun perkara itu tidak berlaku.

“Saya memintanya (Muhammad Zahid) betulkan, dia kata akan buat tetapi tiada ada apa berlaku sehingga saya berjumpanya di pejabat SPRM. Saya katakan lagi “Zahid betulkan sebelum bawa ke mahkamah sebab ini soal maruah saya”. Dia kata “kejap saya buat” tetapi tiada apa yang berlaku sehingga saya dibawa ke mahkamah,” katanya.

Kata Mohd Isa, beliau meminta Muhammad Zahid yang juga saksi pendakwaan ke-16 itu membetulkan kenyataan tersebut kerana beliau tidak terlibat dalam kes rasuah berkenaan.

Sementara itu, Mohd Isa berkata Muhammad Zahid menggalas tugas sebagai pegawai khas politiknya pada 2011 hingga 2016 dan pelantikan itu atas permintaan bekas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak.

“Saya bagi dia jawatan (pegawai khas politik) walaupun hati kecil ini tidak minat (Muhammad Zahid), sebab rekod dia tidak elok, suka lompat-lompat (politik).

“Perangai dia memang begitu, dia mesti nak lepaskan diri. Sebab itu dalam politik dia lompat-lompat di mana ada keuntungan, di situ dia akan pergi. Itu peribadi dia, style (perangai) dia,” katanya.

Menurut Mohd Isa, beliau memecat Muhammad Zahid sebagai pegawai khas politiknya kerana saksi pendakwaan ke-16 itu menyokong Pakatan Harapan.

Ditanya Salehuddin, adakah Muhammad Zahid menyerahkan wang sebanyak sembilan kali berjumlah RM3 juta di atas meja di pejabat tertuduh di tingkat 49 Bangunan Felda, Mohd Isa menjawab: “Perkara itu tidak pernah berlaku dan mustahil berlaku”.

Mohd Isa berkata biliknya dikunci menggunakan kod khas dan hanya polis bantuan serta bekas setiausahanya Zuraida [email protected] sahaja mempunyai kod tersebut.

“Saya juga tidak ingat kod bilik saya, sekiranya saya masuk ke pejabat, Zuraida akan terlebih dahulu membuka dan menyiapkan bilik saya. Ketika ketiadaan saya, tiada orang dibenarkan masuk ke bilik saya dan selain dari waktu tersebut, pejabat saya akan ditutup.

“Saya juga tidak berada di pejabat sepanjang masa memandangkan saya mempunyai banyak urusan luar. Zuraida juga akan sentiasa berada di pejabat sekiranya saya masuk ke pejabat kerana beliau akan menguruskan keperluan dan jadual saya di pejabat,” katanya.

Mohd Isa berdepan sembilan pertuduhan menerima rasuah berjumlah RM3,090,000 daripada ahli lembaga Gegasan Abadi Properties Sdn Bhd, Ikhwan Zaidel menerusi Muhammad Zahid, sebagai tanda terima kasih bagi membantu meluluskan pembelian hotel oleh Felda Investment Corporation Sdn Bhd (FICSB) pada RM160 juta.

Semua kesalahan itu didakwa dilakukan di Tingkat 49, Menara Felda, Platinum Park, No. 11, Persiaran KLCC di sini antara 21 Julai, 2014 dan 11 Dis, 2015.

Setiap pertuduhan itu didakwa mengikut Seksyen 16(a)(A) Akta SPRM 2009 dan boleh dihukum mengikut Seksyen 24(1) akta sama, yang membawa hukuman penjara maksimum 20 tahun dan denda tidak kurang lima kali ganda jumlah atau nilai suapan atau RM10,000 mengikut yang mana lebih tinggi, jika sabit kesalahan.

Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Afzainizam Abdul Aziz.

Perbicaraan di hadapan Hakim Mohd Nazlan Mohd Ghazali.

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Topik Hangat

Bagi Sumbangan Tak Tanya Kami, Pegawai Mukhriz Bidas Ebit Liew

ALOR SETAR - Eksekutif Media Menteri Besar Kedah mendakwa tindakan penceramah terkenal, Ustaz Ebit Lew memberikan bantuan kepada golongan asnaf di negeri itu telah...

Haramkan Sekolah Tahfiz Kalau Mahu Arak Diharamkan Kata Siti Kassim

Kuala Lumpur - Peguam Siti Zabedah Kasim menyelar cadangan Pas untuk mengantung penjualan arak ekoran peningkatan kes yang melibatkan pemandu mabuk. Dia yang lebih dikenali...

Seorang Menteri Umum Letak Jawatan Petang Ini

Kuala Lumpur - Seorang menteri dijangka bakal mengumumkan meletak jawatan petang ini. Menurut sumber yang menghubungi SuaraTV sebentar tadi satu sidang akhbar akan diadakan bagi...

Berita Berkaitan

GRS Perlukan 9 Kerusi Lagi Untuk Bentuk Kerajaan Negeri Sabah

KOTA KINABALU - Gabungan Rakyat Sabah (GRS) di laporkan telah memperolehi 28 kerusi dan memerlukan hanya 9 kerusi lagi bagi membentuk kerajaan negeri. Menurut keputusan...

Individu Pulang Dari Sabah Akan Disaring Bermula Esok – Dr Noor Hisham

PUTRAJAYA - Semua individu yang tiba dari Sabah akan disaring di pintu masuk domestik dan antarabangsa, bermula esok hingga 10 Oktober depan. Ia susulan peningkatan...

PRN Sabah: Polis Halau Lebih 100 Individu Disyaki Miliki Dua Kerakyatan

PAPAR - Lebih 100 individu disyaki memiliki dua kerakyatan yang cuba pulang untuk mengundi sempena Pilihan Raya Negeri (PRN) dihalau keluar daripada memasuki perairan...