‘Tidak Benar, Krisis Perlembagaan Berlaku’ Kata Annuar Musa

- Advertisement -

CYBERJAYA: Menteri Wilayah Persekutuan, Tan Sri Annuar Musa menegaskan kerajaan akan tetap terus mengekalkan hubungan baik dan penuh kesetiaan kepada Raja dan Negara.

Menurutnya lagi, adalah tidak benar, krisis Perlembagaan telah berlaku.

“Adalah tidak benar kiranya sesiapa juga cuba menyampaikan naratif bahawa kerajaan atau Perdana Menteri menghadapi krisis…atau kononnya berlaku krisis Perlembagaan.

“Malah kerajaan sudah punya cara penyelesaian isu ‘REVOCATION” Ordinan-Ordinan dan pasti mengambil kira titah pandangan Seri Paduka Baginda Yang di Pertuan Agong.” katanya.

Annuar Musa juga yakin, SPB YDPA tidak suka pihak tertentu yang sengaja mengambil kesempatan menokok tambah cerita bagi memenuhi agenda masing-masing.

“Malah kita yakin, SPB YDPA tidak suka pihak tertentu yang sengaja mengambil kesempatan menokok tambah cerita, dengan menambah ‘flavour’ politik bagi memenuhi agenda masing masing. Yang pasti BAGINDA sekadar mahu tatacara PEMBATALAN ORDINAN di lakukan secara “annulment” di parlimen.

“Sekarang darurat sudah pun tamat, Parlimen juga sudah di buka. Ini selari dengan titah pandangan Raja Raja Melayu dan SPB YDPA..”. Ujarnya lagi.

Jelas Annuar Musa lagi, kabinet dan YDPA akan sentiasa dan terus saling berbincang dan secara bersama melaksanakan tugas mentadbir negara seperti biasa, menurut undang undang dan Perlembagaan negara, dengan SPB YDPA sebagai Ketua Negara.

Terdahulu, bahang kemelut politik negara kian terbakar minggu lalu apabila Yang di-Pertuan Agong memaklumkan pembatalan darurat yang diumumkan kerajaan belum ditandatangani Baginda, susulan itu sidang Dewan Rakyat ditangguh sekali gus muncul tekanan hebat supaya Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin dan Kabinetnya berundur.

Menyusul dalam selitan krisis dan desakan itu, seramai 30 ahli Parlimen Barisan Nasional (BN) difahamkan telah menandatangani surat akuan menyokong Tan Sri Muhyiddin Yassin untuk kekal sebagai Perdana Menteri dalam satu pertemuan sulit di Wisma Perwira, Kementerian Pertahanan Ahad malam. -SuaraTV

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat