Khaled Nordin Salah Faham, Hentikan Sandiwara Politik Kata Presiden MIC

- Advertisement -

CYBERJAYA: Presiden MIC, Tan Sri Dato Sri SA Vigneswaran menegaskan beliau tidak mempertahan dan cenderung mempertahankan tindakan kerajaan atau mana-mana individu.

Menurutnya, sebagai seorang pengamal undang-undang dan mantan Yang Di-Pertua Dewan Negara, ia menjadi tanggungjawab dirinya untuk memastikan keluhuran perlembagaan & kedaulatan undang-undang sentiasa terpelihara.

Vigneswaran menyeru agar menghentikan sandiwara politik dan bawa usul untuk mengembalikan kuasa Raja-Raja Melayu.

“Saya sentiasa menumpahkan sepenuh taat setia saya kepada kepimpinan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong malah saya antara yang pertama memberi kenyataan untuk mengembalikan Kuasa Raja-Raja Melayu.

“Niat murni saya adalah untuk memastikan tindakan-tindakan yang diambil haruslah selaras dengan perkara-perkara yang termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan. “The Rule of Law must prevail!”

“Hari ini seorang lagi pengamal undang-undang telah memberi kenyataan secara terperinci tindakan-tindakan yang diambil adalah mengikut lunas undang-undang.” kata beliau melalui catatan Facebooknya.

Mungkin saya disifatkan sebagai ‘tidak cerdik’ apabila saya cuba menerangkan dalam bahasa biasa. Oleh yang demikian, saya menjemput rakan saya yang ‘lebih arif’, YB Datuk Seri Khaled Nordin, jika beliau memahami, untuk cuba membantah fakta-fakta yang telah diutarakan dalam kenyataan tersebut, ujarnya.

“Sekali lagi, saya ingin menegaskan di sini bahawa jika kita betul-betul serius untuk mempertahankan kuasa Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong maka bawalah usul untuk kembalikan kuasa Raja-Raja Melayu dan bukannya hanya bersandiwara! Daulat Tuanku!.” katanya.

Terdahulu, Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Mohamed Khalid Nordin membidas Presiden parti MIC, Tan Sri S.A Vigneswaran kerana membelakangkan prosedur yang termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan.

Ujar Khaled, Presiden MIC itu gagal memahami tindakan kerajaan yang telah menyebabkan krisis Perlembagaan dan merupakan satu keingkaran terhadap titah Yang di-Pertuan Agong.

Kata beliau, perkara itu sangat menyedihkan apabila pemimpin yang diharapkan itu gagal menegakkan kedudukan tertinggi negara dan menghina asas demokrasi negara.

Sementara itu, bahang kemelut politik negara kian terbakar minggu lalu apabila Yang di-Pertuan Agong memaklumkan pembatalan darurat yang diumumkan kerajaan belum ditandatangani Baginda, susulan itu sidang Dewan Rakyat ditangguh sekali gus muncul tekanan hebat supaya Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin dan Kabinetnya berundur.-SuaraTV

BACA LAGI:

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat