Cuma Tandatangan Surat Akuan Pertahankan PN Bukan SD -Nazri Aziz

- Advertisement -

KUALA LUMPUR – “Ya, saya mengesahkan perjumpaan semalam. Tapi, kami tidak tandatangan sebarang SD,” demikian pengesahan Ahli Parlimen Padang Rengas, Datuk Seri Nazri Aziz.

Pemakluman beliau itu mengesahkan bahawa sekumpulan ahli Parlimen Barisan Nasional (BN) mengadakan perjumpaan kelmarin di Wisma Perwira, Kuala Lumpur – bangunan milik Kementerian Pertahanan.

Bagaimanapun, beliau berkata ahli Parlimen menandatangan “surat akuan mempertahankan Perikatan Nasional (PN)” dan bukannya akuan berkanun (SD).

“SD hanya boleh ditandatangani di hadapan pesuruhjaya sumpah.

“Kami membuat surat akuan mempertahankan kerajaan Perikatan Nasional (PN),” katanya memetik Malaysiakini.

Nazri berkata demikian ketika diminta mengulas perjumpaan berkenaan.

Terdahulu, menurut sumber UMNO bahawa sebanyak 26 ahli Parlimen BN termasuk wakil komponen BN (MCA, MIC dan PBRS) menghadiri perjumpaan itu yang diketuai Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob.

Sebelum perjumpaan itu, Ismail memberitahu bahawa 40 daripada 42 ahli Parlimen BN menyokong Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Kenyataan Ahli Parlimen Bera itu disusuli oleh kenyataan Setiausaha Eksekutif BN, Mohamad Sahfri Ab Aziz, yang mengecam kenyataan itu sebagai palsu.

Nazri turut mengesahkan pertemuan 40 ahli parlimen BN di parlimen, dengan dua yang tidak hadir – Ahli Parlimen Gua Musang Tengku Razaleigh Hamzah dan Ahli Parlimen Bagan Datuk, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi – sebagai yang tidak menyokong Muhyiddin.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat