Segera Laksanakan Akta Pendanaan Politik – Fahmi Fadzil

- Advertisement -

PETALING JAYA: Kerajaan perlu segera melaksanakan Akta Pendanaan Politik bagi mengelakkan parti politik dan wakil rakyatnya berasa terhutang budi terhadap sumber dana masing-masing.

Timbalan Pengerusi Kum­pulan Rentas Parti Parlimen Malaysia (KRPPM), Fahmi Fadzil berkata, kaedah parti meraih dana itu sangat pen­ting yang bukan sahaja untuk mengelakkan salah laku ra­suah, tetapi juga pengaruh pihak luar ­­negara asing.

Justeru, katanya, akta tersebut mampu mengekang aktiviti rasuah yang berleluasa, salah guna kuasa dan kesan pengaruh kuasa luar atau konglomerat, sekaligus mampu menjamin keselamatan negara.

“Katalah ada sebuah negara kuasa besar beri dana politik kepada parti atau calon, dan calon itu dipilih menjadi Ahli Parlimen seterusnya memegang jawatan penting.

PENGARUH
“Apa lagi, sekiranya seseorang Ahli Parlimen atau parti diberi dana besar oleh syarikat, kong­lomerat, badan antarabangsa atau negara asing, maka, kesan pengaruh entiti itu terhadap Ahli Parlimen mampu menghakis keyakinan umum terhadap kebebasan membuat keputusan Ahli Parlimen itu.

“Untuk parti juga satu perkara penting dana 1Malaysia Development Berhad (1MDB) yang dikeluarkan dan diguna untuk PRU. Adakah itu patut atau tidak? Jadi, Akta Pendanaan Politik mampu mengekang salah guna kuasa terutama melibatkan duit daripada sumber yang merisaukan,” katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia, semalam.

Utusan Malaysia sebelum ini melaporkan, cadangan menggubal Akta Pendanaan Politik masih ‘terperap’ selepas tiga ka­li bertukar kerajaan, walaupun hasrat itu pernah dibangkitkan pada 2015.

Sehubungan itu, kerajaan mempunyai tempoh selama tiga bulan sehingga Julai ini iaitu sebelum memorandum persefahaman dengan pembangkang tamat untuk menggubal, membentang, melulus dan menguatkuasakan akta itu.

Justeru, katanya, KRPPM yang terdiri daripada Ahli Parlimen merentas parti, seorang senator dan pertubuhan bukan kerajaan (NGO) dijangka meneliti beberapa cadangan yang difikirkan sesuai untuk dikete­ngahkan kepada menteri yang bertanggungjawab.

Namun kata Fahmi, kumpulan tersebut bukan bersifat jawatankuasa Parlimen, tetapi mempunyai peluang menjadi medan perbincangan yang akhirnya boleh menghasilkan cadangan draf Rang Undang-Undang (RUU) untuk dicadangkan nanti.

“Jadi ia setidaknya memberi ruang kepada pihak yang ingin terlibat dalam (membincangkan penghasilan) akta itu,” jelasnya.

– UTUSAN

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat