ALR raikan pengamal media dan anak-anak Pusat Jagaan Darul Sakinah Angkasa

- Advertisement -

KUALA LUMPUR: Seramai 80 orang pengamal media dan 20 orang kanak-kanak dari Pusat Jagaan Darul Sakinah Angkasa diraikan pada majlis ‘Buka Puasa’ Malam Penghargaan Media yang dianjurkan oleh Amanat Lebuhraya Rakyat Berhad bertempat di Glam Hall Damansara, Petaling Jaya.

Menurut Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan ALR, En. Sazally bin Saidi, objektif majlis adalah sebagai tanda penghargaan ALR terhadap jasa para pengamal media di Malaysia yang sentiasa menyokong Kumpulan ALR.

Katanya lagi, disamping itu bagi mengiktiraf peranan penting mereka dalam meningkatkan pemahaman dan kesedaran masyarakat tentang keunikan struktur dan nilai sosial ALR.

“Sambil kita meraikan dan menghargai rakan-rakan media pada malam ini, kami juga merasakan adalah penting untuk mengingati dan berkongsi rezeki bersama kelompok komuniti yang kurang bernasib baik, terutamanya semasa bulan Ramadhan yand barakah ini.

“Kami berharap ianya dapat memberi lebih perhatian dan sokongan kepada Pusat Jagaan Darul Sakinah, serta mengukir senyuman serta keceriaan untuk anak-anak menjelang Syawal pada tahun ini,” katanya.

Dalam pada itu, katanya lagi, terdapat empat lebuhraya di bawah ALR iaitu Lebuhraya KESAS, LITRAK, SPRINT dan SMART.

Jelasnya, antara ciri-ciri kebaikan struktur ALR, iaitu tiada kenaikan kadar tol sehingga tamat konsesi, serta penjimatan kepada pengguna lebuhraya dan penjimatan bayaran pampasan tol oleh Kerajaan.

”Jumlah penjimatan bagi para pengguna lebuh raya dan penjimatan bayaran pampasan tol oleh Kerajaan dianggarkan sebanyak RM800 juta – RM 1 billion setahun.

“Sejajar dengan ini, sehingga 31 Mac 2023, dianggarkan sebanyak RM487.6 juta penjimatan kepada pengguna dan RM487.6 penjimatan bayaran pampasan tol oleh Kerajaan telah diperolehi dari struktur innovatif ALR,” ujarnya.

Sempena Aidilfitri ini, beliau menyarakan para pemandu yang ingin pulang ke kampung menggunakan lebuhraya agar merancang perjalanan dan mengelak daripada bergerak pada waktu puncak.

katanya lagi, pastikan mendapat rehat yang cukup ketika pemanduan jarak jauh. Sentiasa mengutamakan keselamatan serta keselesaan pemanduan ketika di jalan raya.

Pada majlis ini, Pusat Jagaan Darul Sakinah Angkasa, Damansara telah menerima sumbangan daripada ALR sebanyak RM2,000 dan pakaian Hari Raya bernilai RM180 dan ‘duit raya’ RM50 setiap seorang kanak-kanak bagi membantu memenuhi keperluan masing-masing menjelang perayaan Hari Raya yang bakal tiba.-SUARATV

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat