5G Malaysia terpantas di Asia Tenggara

- Advertisement -

KUALA LUMPUR – Setakat ini Malaysia terus mendahului di Asia Tenggara dari segi prestasi rangkaian 5G, dengan kelajuan muat turun median 5G negara berada pada paras 451.79 megabait sesaat (Mbps), lebih tinggi daripada kelajuan muat turun Singapura, Thailand dan Filipina.

Laporan Ookla’s Speedtest Intelligence selaku peneraju global dalam perisikan ketersambungan berkata kelajuan muat turun median 5G Singapura mencapai 329.73 Mbps, Thailand pada 129.40 Mbps dan Filipina 125.14 Mbps.

Ookla menjelaskan rangkaian 5G Malaysia mencatatkan skor konsistensi tertinggi di seluruh dunia untuk suku keempat 2023 (S4 2023) pada 97.3 peratus.

“Hasilnya menunjukkan bahawa 97.3 peratus sampel Speedtest Intelligence pada rangkaian 5G Malaysia melebihi ambang ketekalan, yang kini ditetapkan pada kelajuan muat turun minimum 25 Mbps dan kelajuan muat naik minimum 3 Mbps,” katanya dalam laporan S4 2023 Speedtest Intelligence.

“Sebagai perbandingan, negara teratas lain seperti Macedonia Utara serta Emiriaah Arab Bersatu, melaporkan skor konsistensi yang lebih rendah, masing-masing sebanyak 94.1 peratus dan 93.9 peratus,” lapor Ookla lagi.

Jelasnya lagi, pengguna 5G Malaysia yang mengalami kelajuan muat turun “lambat” menikmati kelajuan sekurang-kurangnya lima kali lebih pantas daripada kelajuan muat turun median 4G.

“Apabila melihat 10 peratus terbawah keputusan kelajuan muat turun 5G Q4 2023, data Speedtest Intelligence menunjukkan bahawa kelajuan 5G dalam persentil ke-10 mencatatkan masa pada 203.49 Mbps, peningkatan yang besar berbanding kelajuan muat turun median 4G, iaitu 37.23 Mbps. Untuk konteks lanjut, kelajuan muat turun 5G median Malaysia ialah 451.79 Mbps.

“Ketersediaan 5G di Malaysia meningkat daripada 21.0 peratus pada Q1 kepada 27.0 peratus pada Q4 2023.

“Walaupun peningkatan itu, Malaysia masih ketinggalan berbanding negara jirannya, seperti Singapura dan Thailand, yang masing-masing mempunyai 53.8 peratus dan 45.5 peratus ketersediaan 5G. Malaysia hanya lebih tinggi sedikit daripada Filipina, iaitu 26.2 peratus,” katanya.

Dari segi ketersediaan 5G, Ookla, yang mengkhusus dalam ujian kelajuan internet dan analisis, berkata ketersediaan 5G di Malaysia telah meningkat kepada 27.0 peratus menjelang S4 2023 berbanding hanya 21.0 peratus pada S1.

Malaysia telah menerima pakai pendekatan untuk pelancaran 5Gnya dengan melaksanakan model Rangkaian Borong Tunggal (SWN) melalui pembentukan Digital Nasional Bhd (DNB) pada 2021.

“Sejak pelancaran lebih dua tahun lalu, rangkaian 5G Malaysia secara konsisten berprestasi baik, menjadikannya salah satu rangkaian 5G berprestasi paling cemerlang di dunia,” katanya.

Laporan itu juga menyatakan bahawa semua negeri di Malaysia telah mengalami sekurang-kurangnya 1.45 kali peningkatan dalam keseluruhan kelajuan mudah alih mereka merentas semua teknologi.

“Bandar pentadbiran Putrajaya muncul sebagai mempunyai kelajuan muat turun median mudah alih terpantas di negara ini pada 190.86 Mbps, peningkatan lebih daripada 2.5 kali ganda berbanding S4 2022 iaitu pada 61.24 Mbps,” katanya.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat