Peranan wanita penting dan relevan kepada negara – KPPA

- Advertisement -

Oleh Zihan Zari

PUTRAJAYA – Persatuan Suri dan Anggota Wanita Perkhidmatan Awam (PUSPANITA) memainkan peranan besar kepada negara dengan bertindak sebagai jambatan penghubung sektor kerajaan dengan pihak bukan kerajaan dan masyarakat melalui pelaksanaan program-program tanggungjawab sosial korporat (CSR).

Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam (KPPA), Dato’ Sri Wan Ahmad Dahlan Hj. Abdul Aziz berkata demikian ketika menyampaikan ucapan perasmian Mesyuarat Agung PUSPANITA Cawangan Kecil (PCK) Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) 2024 di sini pada Jumaat.

Beliau yang juga Penasihat PUSPANITA PCK JPA berkata,wanita menjadi pelengkap kepada sektor kerajaan dalam menyantuni rakyat melalui penganjuran program-program kemasyarakatan seperti pemberian bantuan dan sumbangan kepada golongan rentan dan terpinggir.

“Peranan wanita penting dan relevan kepada negara apabila sebilangan besar mereka berperanan sebagai pemimpin dalam pelbagai profesion, sama ada di dalam sektor swasta mahupun awam termasuk di JPA pada masa ini,” katanya.

Katanya lagi, PCK JPA mempunyai peranan yang sangat besar dalam merencanakan program melibatkan warga kerja JPA dan memberi manfaat kepada anggotanya.

“PCK JPA akan terus aktif dan kreatif dalam menganjurkan pelbagai inisiatif dan program secara kerjasama strategik yang dapat memberikan manfaat kepada anggotanya serta menyantuni masalah masyarakat, ”ujarnya.

Dalam pada itu, Pengerusi PCK JPA Datin Sri Dr. Azlifah Bahari menyeru semua ahlinya meneruskan komitmen dan kerjasama untuk meningkatkan kecemerlangan, imej dan prestasi persatuan ini

Dr. Azlifah berkata semua perancangan aktiviti yang dipromosikan secara meluas dapat membina persepsi positif serta membentuk keterlihatan yang lebih jelas di mata ahli PUSPANITA khususnya dan penjawat awam amnya.

Pada majlis yang sama, beliau turut meluncurkan Sambutan Hari Wanita Peringkat JPA sempena Sambutan Hari Wanita Antarabangsa bertemakan ‘Wanita Dijulang Negara Gemilang’.

“PUSPANITA turut berperanan memberikan sokongan, latihan bagi meningkatkan kemahiran serta keupayaan wanita dalam pelbagai bidang seperti pendidikan, kesihatan, ekonomi dan sosial, selain meningkatkan pengetahuan dan kesejahteraan wanita, ”ujarnya. – SUARA.TV

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat