Penjelasan berhubung frasa liberal dalam cita-cita Rukun Negara – Menteri Perpaduan Negara

- Advertisement -

Oleh Zihan Zari

KUALA LUMPUR – MAJLIS Gerakan Negara (MAGERAN) yang diketuai oleh Tun Abdul Razak telah dibentuk susulan inisiden 13 Mei 1969 kemudiannya menubuhkan Majlis Muhibah Negara, Jabatan Perpaduan Negara dan Majlis Perundingan Negara (MPN).

“Melalui MPN yang dianggotai oleh 13 tokoh daripada pelbagai latar belakang kaum dan kepakaran telah menghasilkan Rukun Negara sebagai falsafah negara baharu, ”kata Menteri Perpaduan Negara, Datuk Aaron Ago Dagang dalam satu kenyataan baru-baru ini.

Menurutnya, Rukun Negara yang diisytiharkan pada 31 Ogos 1970 telah dirangka berdasarkan tujuh tunjang utama yang telah dikemukakan melalui kertas ‘Pillars of Nation’, akhirnya disusun kepada dua bahagian iaitu 5 cita-cita dan 5 prinsip.

Cita-cita dan prinsip ini kemudiannya telah diterjemah kepada suatu bentuk falsafah atau ideologi nasional.

Menurutnya lagi, falsafah yang bernilai tinggi ini perlu dihayati oleh setiap warganegara Malaysia bagi memastikan kelestarian dan kesesuaiannya sepanjang masa.

Katanya, cita-cita Rukun Negara menegaskan prinsip-prinsip yang menjadi asas kepada pembentukan masyarakat Malaysia yang bersatu padu, demokratik, adil, liberal dan progresif.

Salah satu cita-cita Rukun Negara adalah ‘menjamin satu cara liberal terhadap tradisi-tradisi kebudayaannya yang kaya dan pelbagai corak’.

“Dalam konteks ini, perkataan ‘liberal’ merujuk kepada sikap keterbukaan dan penerimaan (Faham, Hormat & Terima) kepada perbezaan budaya antara kaum dan etnik.

Rakyat bebas mengamalkan agama, adat resam serta kebudayaan masing-masing sesuai dengan kepentingan perpaduan negara, ”katanya lagi.

Sehubungan dengan itu, saya mohon agar semua pihak menghentikan tafsiran yang salah berhubung maksud frasa liberal yang terdapat dalam cita-cita Rukun Negara, ”katanya.

“Penerapan nilai-nilai liberal (keterbukaan terhadap perbezaan budaya antara kaum) dalam masyarakat akan membantu mencipta persekitaran yang lebih inklusif, dinamik, dan progresif, ”ujarnya.

“Selain itu, memberi peluang kepada setiap individu untuk menyumbang kepada pembangunan negara secara positif, ”ujarnya lagi .-SUARA.TV

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat