Petani disaran amalkan standard operasi kukuhkan industri limau bali Tenom

- Advertisement -

TENOM — Para petani limau bali Tenom disaran mempraktikan amalan standard operasi atau piawaian yang terbaik bagi mengukuhkan kedudukan Sabah sebagai salah satu pengeluar utama industri limau bali negara.

Timbalan Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan, Datuk Arthur Joseph Kurup berkata Sabah merupakan salah satu daripada pengeluar limau bali utama di Malaysia selain dari negeri Perak.

Menurutnya pada tahun 2023, industri limau bali (pamelo) di Sabah mencatatkan hasil sebanyak 268 ribu kilogram bersamaan dengan RM966 ribu.

“Sehingga 7 Mei 2024, Sabah telah merekodkan pengeluaran limau bali sebanyak 134 ribu kilogram bernilai RM527 ribu dan ini secara tidak langsung mencerminkan potensi dalam pertanian limau bali untuk diterokai oleh para petani Sabah.

“Untuk mengukuhkan kedudukan Sabah dalam pengeluaran serta pengeksportan buah limau bali, satu standard atau piawaian dalam kalangan petani dan pengeluar limau bali tempatan harus diwujudkan selaras dengan konsep PINTAR yang menjadi hala tuju KPKM pada tahun 2024,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika merasmikan Kursus Amalan Pemasaran Baik, Standard Dan Kualiti Buah Limau Bali anjuran FAMA Sabah dengan kerjasama Jabatan Pertanian Sabah; Bahagian Kawalan Racun & Perosak Baja, Jabatan Pertanian Malaysia serta MARDI Sabah.

Beliau turut menegaskan melalui pengajaran amalan-amalan terbaik dalam pemasaran, matlamat penurunan kadar kerosakan lepas tuai dari 30% – 50% kepada kurang daripada 30% sepanjang rantaian bekalan akan dapat dicapai.

Ini jelasnya mampu membantu mengurangkan kerugian hasil pertanian dan menjadikan industri pertanian lebih berkesan dan efisien.

“Melalui perjanjian ini, FAMA Sabah mensasarkan pembekalan buah limau bali sebanyak 10 metrik tan/seminggu dan sejumlah 480 metrik tan/setahun dengan harga kenaikan harga awal sebanyak RM3.80/kg berbanding harga semasa RM3.60/kg.

“Arthur percaya dengan bimbingan daripada agensi KPKM di Sabah serta dengan sokongan padu MAFFI Sabah, para peserta tanaman buah limau bali Tenom akan dapat mencapai sasaran yang telah ditetapkan dan seterusnya menjadikan industri ini sebagai pemangkin untuk meningkatkan sosioekonomi masyarakat di sini,” katanya.

Dalam majlis yang sama Arthur turut menyaksikan sesi menandatangi perjanjian ‘Forward Agreement’ antara FAMA Sabah dengan seramai 22 peserta penanam buah limau bali Tenom.

Hadir sama Ahli Parlimen Tenom, YB Riduan Rubin, Pengarah FAMA Sabah, Encik Sarman Sidno, pegawai-pegawai agensi KPKM di Sabah serta wakil daripada Jabatan Pertanian Sabah.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat