Tak Perlu Ugut Nak Tarik Sokongan, Tarik Saja – Isham Beritahu Bersatu

- Advertisement -

KUALA LUMPUR – Ketua Penerangan BN Selangor, Isham Jalil memberi amaran kepada Bersatu supaya tidak main-main dengan ugutan untuk tarik sokongan terhadap Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob.

Beliau sebaliknya menggesa Bersatu jika berhasrat mahu tarik balik sokongan, lakukan sahaja tidak perlu ugut.

“Saya cuma ingin kata, tidak perlu ugut-ugut lagi, jika mahu tarik sokongan, tarik sahajalah.

“Rakyat pun mahu mandat dikembalikan kepada mereka demi kestabilan negara,” bidas Isham di Facebooknya pada Khamis.

Tegas beliau, rakyat lebih suka negara stabil tanpa pengkhianat yang tidak habis-habis mengugut untuk lompat parti atau tarik sokongan.

Isham juga menambah, ugutan yang dibuat Ketua Penerangan Bersatu, Datuk Wan Saiful Wan Jan itu sama seperti yang pernah dilakukan bosnya iaitu Tan Sri Muhyiddin Yassin.

“Ini seorang lagi. Dulu bos dia kata UMNO jadi kerajaan di Johor sebab ehsan dia, lepas itu dia ugut infin tekan butang runtuhkan kerajaan.

“Kali ini dia ugut Perdana Menteri pula,” kata Isham.

Beliau berkata demikian sebagai respons kepada Wan Saiful yang mengatakan Bersatu mengingatkan Perdana Menteri bahawa sokongan terhadapnya adalah bersyarat dan perkara itu akan dibawa dalam majlis ceramah pada kempen pilihan raya negeri (PRN) Johor.

Ketua Penerangan Bersatu itu memberitahu partinya yang mencalonkan Ismail Sabri sebagai Perdana Menteri dan bukannya UMNO.

“Kita kena ingat Ismail Sabri menjadi Perdana Menteri hari ini bukan dicalonkan UMNO. Bukan UMNO calonkan dia.

“Kalau UMNO silap-silap dia nak (Datuk Seri ) Ahmad Zahid Hamidi (Presiden UMNO jadi Perdana Menteri). Nak Zahid. Pening kepala nak jawab tetapi itulah hakikatnya,” katanya dalam kempen ceramah Perikatan Nasional (PN) di Muar yang disiarkan secara langsung di Facebook Penerangan Bersatu semalam.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat