Polis terima dua laporan berkaitan seorang wanita mengganggu pengunjung pusat beli-belah

KUALA LUMPUR – Dua laporan diterima Polis Diraja Malaysia (PDRM) berikutan tiga kejadian membabitkan seorang wanita yang didakwa mengganggu pengunjung sebuah pusat membeli-belah, semalam.

Dalam satu kenyataan hari ini, Ketua Polis Dang Wangi Asisten Komisioner Ahmad Azwan Amin Nordin berkata laporan pertama diterima pada pukul 7.59 malam tadi daripada pengurus bangunan pusat beli-belah terbabit.

“Polis turut menerima satu laporan daripada seorang mangsa yang mendakwa wanita terbabit bertindak menolak dan memukul dua anaknya dalam kejadian pada hari sama.

“Siasatan kini dijalankan mengikut Seksyen 323 dan Seksyen 506 Kanun Keseksaan,” katanya.

Menurut kenyataan itu, PDRM memandang serius sebarang perlakuan berbentuk kekerasan, ugutan dan gangguan terhadap orang awam, khususnya melibatkan keselamatan kanak-kanak.

Ujar beliau, tindakan sewajarnya akan diambil berdasarkan undang-undang terhadap mana-mana individu yang didapati melakukan kesalahan.

“Orang ramai yang mempunyai maklumat berkaitan kejadian diminta menghubungi Hotline Polis Kuala Lumpur di talian 03-2146 0522 atau 03-2146 0585.

“Maklumat juga boleh disalurkan kepada Pusat Kawalan Daerah Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Dang Wangi di talian 03-2600 2222 atau mana-mana balai polis berhampiran,” katanya.

Di media sosial semalam, tular satu rakaman video menunjukkan seorang wanita dan seorang lelaki dilihat bertengkar di sebuah pusat membeli-belah di ibu negara.

Tular semalam video menunjukkan seorang wanita dan lelaki di pusat beli-belah di ibu negara dilihat berselisih faham.

Wanita tersebut dipercayai menolak kanak-kanak lelaki berusia tujuh tahun dari arah belakang sehingga terjatuh serta memukul bahagian belakang kepala kanak-kanak perempuan berusia dua tahun.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat