KUALA LUMPUR – Pelajar di Institut Pendidikan Guru (IPG) akan diberikan kuliah secara hibrid sempena sambutan perayaan Deepavali.
Menteri Pendidikan Datuk Seri Fadhlina Sidek dalam satu kenyataan berkata langkah itu bertujuan membolehkan pelajar atau siswa guru pulang ke kampung untuk meraikan perayaan itu bersama keluarga.
Katanya, kemudahan itu disediakan dari 9 hingga 12 November bagi Kumpulan A, manakala Kumpulan B pada 10 hingga 13 November, mengambil kira hasrat siswa guru yang menuntut jauh dari kampung halaman untuk menyambut perayaan bersama keluarga.
“Siswa guru yang pulang ke kampung masih berpeluang mengikuti sesi pembelajaran secara dalam talian. IPG Kampus juga boleh memohon cuti tambahan dan cuti berganti sekiranya terdapat keperluan.
“Kita mahu memastikan pembelajaran terus berjalan dengan baik tanpa mengabaikan kepentingan masa bersama keluarga,” katanya melalui media sosoial Facebook.
Hari Deepavali bagi masyarakat India di Malaysia tahun ini akan disambut pada hari Ahad, 8 November ini.


