“Dulu tuduh BR1M rasuah, idea bodoh Najib tapi lepas dijenama semula okay saja ” – Najib

- Advertisement -

KUALA LUMPUR – Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) yang dirintis era pentadbiran Datuk Seri Najib Razak pernah dilabel sebagai bentuk ‘rasuah’.

Namun kini selepas BR1M dijenamakan semula kepada nama Bantuan Sara Hidup (BSH) kemudian ke Bantuan Prihatin Nasional (BPN) dan hari ini mengguna pakai Bantuan Keluarga Malaysia (BKM), BR1M yang dahulunya berstatus rasuah sudah diterima,” kata Najib.

“Dulu BR1M adalah rasuah. Tidak mampu bantu ekonomi. Idea bodoh Najib.

“Selepas BR1M dijenamakan semula ke BSH dan ke BPN dan hari ini ke BKM, BR1M sudah jadi okay je,” bidas Najib dalam catatan di Facebooknya pada Selasa.

Untuk rekod BR1M merupakan satu bantuan kewangan yang diwujudkan oleh Najib ketika beliau menjawat jawatan Perdana Menteridalam pembentangan Belanjawan Malaysia 2012 dengan pengagihan dilaksanakan secara berperingkat bermula Januari sehingga Mac 2012 dalam bentuk baucer.

Bantuan khas sebanyak RM500 telah diagihkan oleh Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia (LHDN). Ia dilancarkan sebagai sebahagian daripada inisiatif 1Malaysia.[3]

Idea untuk mewujudkan BR1M ialah dari Bank Negara Malaysia, menurut Najib.

Pada 25 Ogos 2018, bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad mengumumkan BR1M akan dikurangkan sedikit demi sedikit sebelum dihapuskan dalam masa terdekat.

Dalam hantaran berkenaan juga Najib turut melampirkan artikel-artikel yang menyebut BR1M adalah berunsur rasuah.

Dr Mahathir pernah berkata, ambil BR1M itu rasuah, salah di sisi undang-undang; Datuk Seri Anwar Ibrahim menyebut dekat pilihan raya BR1M, BR1M, BR1M lepas pilihan raya Broom, Broom, Broom; manakala Datuk Seri Azmin Ali menyebut hentikan BR1M kerana ada unsur rasuah.

Manakala Najib menegaskan BR1M bukan rasuah, tapi perkongsian hasil ekonomi.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat