Pembinaan Pan Borneo Sabah capai 63 peratus

- Advertisement -

KUALA LUMPUR – Kementerian Kerja Raya (KKR) memberitahu status kemajuan pelaksanaan projek Fasa 1 Lebuhraya Pan Borneo (LPB) Sabah sehingga Mei 2022 bagi pakej kerja yang telah dimulakan adalah sebanyak 63%.

Timbalan Menterinya Datuk Arthur Joseph Kurup berkata, dengan anggaran jarak keseluruhan 706 km dibahagikan kepada 35 pakej kerja, di mana sehingga kini 15 pakej telah dibuat pelantikan kontraktor bagi tujuan kerja-kerja pembinaan.

“Ini termasuklah pembinaan bagi 3 pakej kerja baharu WP28, WP29 dan WP30 yang melibatkan laluan dari Sandakan Mile 32 sehingga ke Sungai Baoto sepanjang 60.8 km dan dijangka siap pada suku keempat tahun 2024.

“Kementerian ini akan terus menyenggara dan membaiki jalan di sepanjang laluan tersebut untuk keselesaan pengguna,” katanya ketika menjawab soalan Ahli Parlimen Sandakan, Vivian Wong Shir Yee pada sesi soal jawab lisan di Dewan Rakyat hari ini.

Jelasnya, kementerian telah menubuhkan Pasukan Petugas Khas Jalan Telupid – Sandakan bagi mengenalpasti dan mencari jalan penyelesaian jangka pendek, jangka sederhana dan jangka panjang untuk mengatasi kesulitan pengguna di sepanjang laluan tersebut.

“Hala tuju pasukan petugas khas ini adalah memfokuskan aspek yang berkait dengan keselamatan dan keselesaan pengguna jalan raya serta meningkatkan lagi kerjasama dengan agensi penguatkuasaan yang berkaitan.

“Sebagai langkah jangka pendek, Kementerian telah meluluskan peruntukan sebanyak Ringgit Malaysia RM10.5 juta bagi melaksanakan kerja-kerja pembaikan segera,” katanya.

Tambahnya lagi kerja kerja tersebut telah bermula pada awal bulan Julai 2022 dan lokasi yang kritikal akan dibaiki terlebih dahulu.

Manakala kerja-kerja pembaikan awalan ini dijangka akan siap pada minggu kedua Ogos 2022.

“Kerja-kerja untuk mengenalpasti laluan yang berisiko akan terus dibuat oleh JKR Sabah dan pihak perunding yang akan dibentangkan pada mesyuarat Task Force secara berperingkat.

“Usaha-usaha ini mencerminkan komitmen Kerajaan Persekutuan dalam membangunkan rangkaian infrastruktur jalan raya yang terancang, sistematik dan efisien,” katanya.

Menurutnya, jalan termasuk dalam fasa pembinaan Projek Lebuh Raya Pan Borneo, kerja-kerja penyenggaraan akan dilaksanakan oleh kontraktor Pan Borneo.

“Bagi jalan Persekutuan yang tidak termasuk dalam fasa pembinaan Projek Lebuh Raya Pan Borneo, kerja-kerja penyenggaraan akan dilaksanakan oleh Konsesi Jalan Persekutuan yang dilantik.

“Kementerian juga turut menerima aduan daripada pengguna jalan tersebut khususnya bagi laluan FT22 Kota Kinabalu – Sandakan,” katanya.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat