MIC konsisten mahu tanding 9 Parlimen, 18 DUN

- Advertisement -

KUALA LUMPUR – MIC memasang impian untuk kekal merebut sembilan kerusi Parlimen dan 18 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU-15) akan datang.

Timbalan Presidennya, Datuk Seri M. Saravanan berkata, partinya kekal dengan jumlah kerusi itu, namun masih terbuka untuk perbincangan atau sebarang pertukaran kerusi antara komponen BN yang lain.

Beliau yang juga Menteri Sumber Manusia turut menyatakan kesediaan kekal bertanding di kerusi P72 Tapah yang disandangnya sejak dua penggal lalu.

“Kita akan kekal dengan jumlah kerusi itu, namun sebarang pertukaran kerusi dibincang di peringkat pucuk tertinggi BN kelak,” katanya lapor Utusan di Putrajaya pada Selasa.

Tambah Saravanan, rakyat Malaysia perlu sedar bahawa hasrat untuk menjadi sebuah negara maju menjelang 2030 perlu berjalan seiring dengan kestabilan politik.

Ujar beliau, ketika ini, semua parti sudah diberi peluang untuk memerintah negara dan rakyat sendiri akan menentukan parti mana sesuai dengan mereka.

“Kita tidak boleh lagi cakap bahawa hanya satu parti diberi peluang memerintah negara selama 60 tahun sebaliknya parti lain juga diberi peluang untuk mentadbir negara,” katanya.

Pada PRU-14, MIC bertanding di sembilan kerusi Parlimen iaitu Sungai Siput dan Tapah di Perak; Sungai Buloh, Hulu Selangor, Kapar dan Kota Raja (Selangor); Port Dickson (Negeri Sembilan); Segamat (Johor) dan Cameron Highlands (Pahang).

Pun begitu, MIC hanya memenangi dua kerusi iaitu Parlimen Tapah dan Cameron Highlands.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat