Dua kali Zahid tipu Agong?

- Advertisement -

KUALA LUMPUR – Presiden UMNO, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi didakwa dua kali menipu Yang di-Pertuan Agong berhubung pendirian dan hala tuju parti.

Akaun Twitter dengan nama @ALibertard membongkar dua penipuan Presiden UMNO itu.

Dakwanya, pada Oktober 2020 Zahid menghantar surat kepada Tuanku bahawa UMNO menyokong Datuk Seri Anwar Ibrahim menjadi Perdana Menteri.

Pendedahan pembohongan kedua dibuat Zahid menurut individu itu ialah pada Jun 2021 beliau memaklumkan kepada Yang di-Pertuan Agong bahawa kononnya Majlis Tertinggi (MT) UMNO membuat keputusan tarik daripada kerajaan Perikatan Nasional (PN) pada 1 Ogos 2021.

Twitter berkenaan juga mengemukakan dokumen butir-butir verbatim dalam Majlis Menghadap yang berlangsung pada 11 Jun 2021.

“… Kedua Tuanku, UMNO menarik sokongan terhadap kerajaan PN pimpinan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin. Ini bukan sahaja keputusan pada perhimpunan agung tetapi MT yang patik pengerusikan pada 25 April lalu.

“Patik jelaskan sedikit Tuanku dalam perkara kedua ini. MT memutuskan bahawa tarikh akhir untuk UMNO tarik diri daripada PN ini ialah pada 1 Ogos.

“Sama ada darurat diteruskan ataupun ditamatkan sebelum itu tetapi itu adalah tarikh akhir.

“Semua menteri berjanji dan berikrar letak jawatan daripada kerajaan. Timbalan Menteri, pengerusi GLC dan semua ahli Parlimen UMNO menarik balik sokongan.

“Kalau ada sesuatu berlaku sebelum 1 Ogos, maka tarikh penarikan itu berkuatkuasa daripada tarikh yang akan diputuskan oleh MT. Bermakna could be earlier than 1st August…” menurut kandungan dokumen itu.

Pemilik akaun Twitter berkenaan juga mencatat lagi, kalau betul itu keputusan MT UMNO pada April lalu kenapa sekarang baru kutip sokongan MT UMNO?

“Zahid berkuasa kerana MKT UMNO macam Mohamad Hasan, Rahman Dahlan, Azalina Othman, Khaled Nordin, Mahdzir Khalid dan Ismail Sabri sudah jadi lembu watikah, takut Zahid tidak sign.

“Kepada rakyat konon UMNO pejuang Raja-Raja Melayu. Kepada Agong, Presiden menipu demi Anwar Ibrahim,” dakwanya.

Bagaimanapun sejauh mana kesahihan maklumat dan dokumen ini tidak dapat dipastikan. -SuaraTV

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat