Operasi Patuh Bermula Hari Ini

- Advertisement -

 

PUTRAJAYA – Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hamzah Zainudin memaklumkan bahawa Operasi Patuh (Op Patuh) dilancarkan selepas pihaknya menerima pemetaan kawasan perindustrian dan penginapan pekerja yang mempunyai potensi tinggi penularan COVID-19.

Op Patuh tersebut diadakan secara besar-besaran di seluruh negara bermula hari ini dengan tumpuan di sekitar Selangor dan Kuala Lumpur yang sedang berdepan kes jangkitan COVID-19 tinggi.

Ujarnya, pihak yang melanggar prosedur operasi standard (SOP) dan arahan kerajaan mengikut Akta Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988 (Akta 342) akan dikenakan tindakan.

“Sebelum ini banyak tangkapan dibuat di Selangor dan Kuala Lumpur, malah siasatan terhadap pekerja warga asing ini mendapati ada sesetengah yang menjadi kontak rapat kerana rakannya dijangkiti COVID-19, namun mereka tidak dikuarantin.

“Semua maklumat ini kita ambil dan akan membuat tangkapan ketika Op Patuh termasuk majikan.

“Ini kerana majikan bukan saja melakukan kesalahan, tetapi turut menzalimi pekerja,” katanya ketika sidang media mengumumkan operasi itu.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat