Bumiputera kelas menengah, profesional disaran jadi pemodal tak hanya simpan duit di Tabung Haji, ASB – Rafizi

- Advertisement -

PUTRAJAYA – Pemerkasaan dan pengupayaan Bumiputera hanya akan berjaya sekiranya memiliki penguasaan dan pemilikan ekonomi.

Menteri Ekonomi, Rafizi Ramli menyeru golongan kelas menengah dan profesional di kalangan Bumiputera menukar peranan daripada fungsi penambah nilai (value adding) kepada pencipta nilai (value creating).

Menjelaskan maksudnya, Rafizi mencadangkan orang-orang yang berjaya dan memiliki simpanan yang besar untuk jadi golongan pemodal kepada syarikat-syarikat pemula milik Bumiputera.

Mengakui langkah itu agak berisiko namun Rafizi yakin sekiranya syarikat yang dilabur itu berhasil ia memberi pulangan yang menguntungkan kepada pemodal dan usahawan baru.

“Kelas menengah dan golongan profesional di kalangan Bumiputera sangat besar, ini membuka ruang kepada mereka untuk menukar fungsi kepada pemodal kepada syarikat-syarikat baru.

“Lagipun sudah 2024, bukan masanya lagi untuk kerajaan terus berperanan menjadi penyumbang modal tetapi ia boleh didanai oleh kelas menengah dan golongan profesional daripada Melayu-Bumiputera,” katanya dalam diskusi Aspirasi Masa Hadapan Bumiputera di Kongres Ekonomi Bumiputera (KEB) 2024 pada Sabtu.

Menurut Rafizi, majoriti golongan kelas menengah dan profesional cenderung menyimpan duit mereka yang banyak di Tabung Haji (TH), Amanah Saham Bumiputera (ASB) atau Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) atau kena scam dengan skim cepat kaya.

Justeru, Rafizi mengemukakan saran firma pemodal swasta (private capital firm) merujuk kepada Bumiputera untuk menanam modal ke syarikat-syarikat baru yang ingin memulakan perniagaan.

“Sebenarnya ada ramai golongan-golongan pemodal seperti ini, cuma kerajaan kena bagi isyarat itu. Ini supaya profesional-profesional besar yang ada, berduit ini mereka tahu di mana hendak meletakkan wang mereka selain di Tabung Haji, ASB saja.

“Tapi sekarang saya akui memang ada golongan pemodal swasta Bumiputera seperti ini. Tapi tak sampai 10 dan pastinya tidak mencukupi.

“Kami memerlukan lebih banyak lagi dan dasar semua itu akan jadi signal link untuk memudahkan perkara itu berlaku.

“Design program awal sedang dirangka ke arah itu. Ia akan digerakkan oleh beberapa agensi kerajan dan kami akan bekerjasama dengan mereka,” jelas Rafizi.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat