50 ribu peminat permotoran dijangka hadir meriahkan RXZ Fighters di Kuantan

- Advertisement -

KUANTAN: Kira-kira 50,000 peminat sukan permotoran dijangka memeriahkan program RXZ Fighters yang akan berlansung di Serambi Teruntum, di Kuantan selama dua hari yang bermula 1 hingga 2 Mac.

Exco Komunikasi dan Multimedia, Belia, Sukan dan Badan-badan Bukan Kerajaan Negeri Pahang, Fadzli Mohamad Kamal berharap program ini akan mencapai objektifnya .

Katanya lagi, sambutan meriah yang diterima pada hari ini penganjuran memberikan gambaran baik pada acara kemuncak esok.

Jelasnya kagi, RXZ Fighter dianjurkan Kerajaan Pahang dengan kerjasama Kelab Kelab Sukan dan Rekreasi Komuniti Parlimen Bera serta menyediakan pelbagai program sepanjang dua hari itu.

“Saya hendak mengajak semua untuk datang, ramai yang membawa keluarga hadir di sini, hari ini dan esok ada lagi sepanjang hari, rebutlah peluang sempena cuti sekolah ini,” katanya.

Sementara itu, acara kemuncak program RXZ Fighters esok akan bermula dengan Subuh Warrior di Masjid Negeri Sultan Ahmad 1 dan Masjid Kampung Padang.

Selain itu, pertandingan ‘Dyno Airbrush’ dan pertandingan ‘Dyno Fighters’ di tapak berlangsungnya program juga diadakan.

Diikuti acara kemuncak pada jam 4 petang bagi acara penutup himpunan semua peminat RXZ dan sukan permotoran yang lain selain cabutan bertuah yang menawarkan hadiah menarik bernilai RM300,000.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat