Rumput laut pupus ancam populasi dugong – DOF

- Advertisement -

Oleh Zihan Zari

PUTRAJAYA – RUMPUT laut yang sering kali diabaikan merupakan bahagian penting dari ekosistem laut dan kini berdepan risiko kepupusan, jika tiada usaha memelihara dan memulihara tumbuhan itu.

Selain menyediakan habitat, tempat berlindung serta sebagai sumber makanan kepada spesies laut termasuk dugong dan penyu ianya berperanan mengurangi kadar karbon dioksida di atmosfera dan memperbaiki kualiti air laut.

Demikian menurut kenyataan yang telah dikeluarkan oleh Jabatan Perikanan Malaysia (DOF) pada Rabu.

Menurut DOF, ancaman terhadap rumput laut dilihat semakin meningkat akibat perubahan iklim, pencemaran dan aktiviti manusia.

Katanya, Dugong antara mamalia laut yang bergantung harap pada rumput laut sebagai sumber makanan utamanya turut menghadapi ancaman akibat pemburuan dan penangkapan haram dan kehilangan habitat.

Bagi mengekalkan keseimbangan ekosistem laut, penting bagi semua pihak untuk mengambil langkah-langkah konservasi yang tepat.

Katanya lagi, Hari Rumput Laut Sedunia disambut pada 1 Mac setiap tahun yang telah diisytiharkan oleh Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) pada 22 Mei 2022.

Malaysia antara salah sebuah negara yang komited dalam pemuliharaan ekosistem marin, turut meraikannya sebagai tanda sokongan dan usaha jangka masa panjang melestarikan ekosistem marin negara.

Selain itu, bagi meningkatkan kesedaran di semua peringkat dan membantu usaha konservasi rumput laut demi mencapai sasaran Matlamat Pembangunan Mampan 14: Hidupan Bawah Air (SDG 14).

Rumput laut sumber makanan kepada spesies laut termasuk dugong Foto Astro Awani

Menurut kenyataan itu lagi, antara inisiatif ke arah konservasi rumput laut adalah restorasi dan rehabilitasi habitat. Potensi nurseri rumput laut sebagai alternatif kepada usaha rehabilitasi dan restorasi habitat yang mampan mempunyai potensi besar untuk dijalankan.

Kajian awalan propagasi rumput laut secara ex situ (di luar kawasan atau di luar kedudukan asal) sedang giat dijalankan terhadap spesies terpilih bersesuaian dengan potensi lokasi yang memerlukan rehabilitasi habitat rumput laut.

“Kajian awalan di nurseri Institut Penyelidikan Perikanan (IPP) mendapati, spesies Halodule pinifolia, 92% hidup segar pada bulan kedua propagasinya dan setiap batang rumput laut itu akan bercambah 2-3 batang pucuk baru.

Hasil kajian ini memberi suntikan positif untuk rumput laut ini di tanam semula ke habitat semula jadi bagi tujuan rehabilitasi. Ianya paling banyak ditemukan di perairan Johor dan kekurangannya juga telah menjejaskan populasi dugong, ”ujarnya.

“Dugong disenaraikan sebagai VU (Vulnerable) di bawah The International Union for Conservation of Nature (IUCN) Red List of Threatened Species turut tersenarai sebagai spesies terancam marin di bawah Akta Perikanan Malaysia 1985 dan Peraturan Perikanan (Kawalan Spesies Terancam Pindaan 2008), ”ujarnya lagi.

“Di kepulauan Mersing satu-satunya lokasi spesies ini kerap dan boleh ditemui, namun disebabkan ancaman terhadap habitatnya dan ekosistem rumput laut, populasinya semakin mengecil dan terdapat 19 kematian direkodkan antara 2015 dan 2022, ”tambahnya.

Walaupun tiada bilangan tepat bagi populasi dugong di kepulauan itu, kajian MareCet mencadangkan bahawa populasi dugong di kawasan itu tidak melebihi 100 ekor dan mungkin mempunyai lebih kurang dari 100 ekor.

Berdasarkan tinjauan melalui udara sejak 2014, Pulau Sibu dan Pulau Tinggi adalah kawasan ragut yang penting , keunikan serta kesuburan kawasan rumput laut di kawasan ini menyokong kepada kemandirian spesies dugong.

Katanya, hasil soal-selidik bersama komuniti di sekitar pulau ini mendapati rumput laut memainkan peranan bagi spesies komersial yang lain terutamanya sotong mabang yang menjadikan perairan pulau ini sebagai kawasan bertelur.

“Walaupun telah diwartakan sebagai Taman Laut, hanya 38% dugong dilihat berada di dalam sempadannya, pasangan ibu dan anak dugong pula didapati berada di luar kawasan taman ini.

Bagi memastikan dugong tidak lenyap , DOF giat mewartakan kawasan perairan sekitar Gugusan Kepulauan Mersing khusus untuk memberi perlindungan kepada spesies ini dan habitatnya iaitu rumput laut, ”katanya lagi. – SUARA.TV

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat