Negeri Sembilan Bubar DUN 1 Jun – MB

- Advertisement -

KUALA LUMPUR – Negeri Sembilan akan membubarkan Dewan Undangan Negeri (DUN) pada 1 Jun depan, sekali gus memberi laluan kepada penganjuran pilihan raya negeri (PRN).

Perkara itu dimaklumkan Menteri Besar, Datuk Seri Aminuddin Harun, menyusul selepas rakan sejawatnya di Kedah, Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor, menjangkakan pembubaran DUN di negeri itu selepas pertengahan Jun depan.

Mengulas lanjut, Aminuddin berkata, perkara itu akan dimaklumkan kepada Majlis Presiden Pakatan Harapan (PH) akan datang dan terpulang kepada Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) untuk menetapkan tarikh PRN di Negeri Sembilan serta lima lagi negeri lain.

“Pembubaran DUN pada tarikh berkenaan paling sesuai kerana akhir Mei adalah tempoh akhir (DUN Negeri Sembilan)…jadi selepas Mei atau Jun, ok tiada masalah.

“Mungkin kita (Negeri Sembilan) lebih awal seminggu dua (bubar DUN), itu adalah sesuai. Bermakna kita akan bersama (dengan negeri lain) mengadakan pilihan raya,” katanya lapor BH di Seremban pada Khamis.

Semalam, Sanusi memberi bayangan DUN Kedah akan dibubarkan selepas 18 Jun depan dengan beberapa faktor diambil kira.

Menteri Besar Kedah itu berkata, ini termasuk sambutan Ramadan, Aidilfitri, tempoh ibadat haji serta Aidiladha dan Hari Keputeraan Tuanku Sultan Kedah, yang menyebabkan pihaknya berpandangan DUN Kedah tidak sesuai dibubarkan ketika ini.

Dalam pada itu, Aminuddin yang juga Naib Presiden PKR, mengakui setakat ini pihaknya tidak dihubungi menteri besar atau ketua menteri dari lima lagi negeri iaitu Selangor, Pulau Pinang, Kedah, Kelantan dan Terengganu, mengenai penetapan tarikh PRN berkenaan.

“Kita akan hadir mesyuarat menteri-menteri besar hujung bulan ini, jadi kita akan bincang secara tidak formal apabila semua bertemu,” katanya.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat