Sibuk bimbang untuk Myanmar, negara sendiri dalam darurat – Saifuddin Nasution

- Advertisement -

KUALA LUMPUR – Setiuasaha Agung PKR, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail sinis mempertikai kenyataan Malaysia yang menzahirkan “kebimbangan serius” negara terhadap penggantungan Parlimen dan demokrasi di Myanmar.

Beliau membidas negara yang mengisytiharkan darurat dan menggantung Parlimen sejak tiga minggu lalu kini “bimbang” dengan negara jiran yang melakukan perkara sama dua hari lalu.

Sebuah kerajaan yang tiga minggu lepas umum darurat dan gantung Parlimen semalam keluarkan kenyataan menzahirkan “serious concern” ke atas sebuah kerajaan yang dua hari lepas umum darurat dan gantung Parlimen,” catat Saifuddin di Facebooknya, hari ini.

Semalam, Malaysia bimbang dengan perkembangan terkini di Myanmar yang dilapor menyaksikan rampasan kuasa oleh tentera pada awal Isnin dengan Kaunselor Negara Aung San Suu Kyi, Presiden Myanmar U Win Myint dan lain-lain pegawai kanan ditahan di ibu kota Naypyidaw.

Menurut kenyataan Kementerian Luar, Malaysia menggesa tentera Myanmar serta pihak berkaitan agar mengutamakan keamanan dan keselamatan di negara itu, mempertahankan kedaulatan undang-undang serta menyelesaikan sebarang percanggahan elektoral melalui mekanisme undang-undang dan dialog secara aman.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat