JAKIM Perkenal Aplikasi SmartHalal

KUALA LUMPUR, 2 Feb — Senarai penuh 318 pengimport daging berlesen yang mempunyai Sijil Pengesahan Halal Malaysia (SPHM) boleh didapati di portal Halal www.halal.gov.my atau aplikasi SmartHalal, kata Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Datuk Seri Dr Zulkifli Mohamad Al-Bakri.

Dalam satu hantaran di laman Facebook hari ini, beliau berkata masyarakat Islam tidak perlu ragu dengan pengimport yang mempunyai sijil itu.

“Saya amat prihatin akan kebimbangan umat Islam dalam hal ini. KPDNHEP (Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna) dan SPRM (Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia) selaku agensi berautoriti telah melaksanakan prosedur yang tepat bagi pengurusan kes kartel daging import ini.

“Adalah sebaiknya proses penguatkuasaan dilaksanakan oleh mereka yang diberi kuasa mengikut lunas perundangan. Insya-Allah selepas selesai perbicaraan dan tindakan undang-undang di mahkamah, semuanya akan selesai,” katanya.

Pada 1 Dis lepas, negara dikejutkan dengan pembongkaran kartel daging sejuk beku import yang membawa masuk daging tanpa sijil halal sebelum meletakkan logo halal palsu untuk dijual di pasaran tempatan

Pada 29 Jan, Zulkifli berkata status halal sesuatu produk atau perkhidmatan di pasaran boleh diperoleh dengan cepat dan mudah dengan hanya mengimbas QR Code pada aplikasi telefon pintar SmartHalal ketika melancarkan kod berkenaan secara maya.

Sementara itu, beliau berkata rundingan meja bulat anjuran Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) bersama pengimport dan pengedar daging dan produk daging pada 11 Jan menghasilkan banyak keputusan yang bermanfaat untuk umat Islam di Malaysia.

Antara pemegang SPHM dalam kalangan pengimport daging berlesen yang hadir dalam pertemuan itu ialah GCH Retail (Malaysia) Sdn Bhd, Sushi King Sdn Bhd, Kyros Kebab Sdn Bhd, Melawati Kebab Sdn Bhd, Nusantara Meat Berhad, Ramly Food Processing Sdn Bhd, Al-Hilal Food Processing Sdn Bhd, Macfood Services (M) Sdn Bhd dan Selamat Supplies Sdn Bhd.

Bagaimanapun, beliau tidak memperincikan hasil rundingan itu yang turut melibatkan KPDNHEP, Jabatan Perkhidmatan Veterinar (DVS), Jabatan Perkhidmatan Kuarantin dan Pemeriksaan Malaysia (MAQIS) dan Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) serta pihak berkepentingan dalam industri berkenaan.

Pada masa sama, beliau turut memuat naik aliran proses import daging ke Malaysia untuk pengetahuan orang ramai yang merangkumi empat langkah iaitu secara bersama, permit import, kawalan pintu masuk negara oleh dua agensi penguatkuasaan dan pasaran dengan setiap langkah menjadi tanggungjawab jabatan berkaitan.

— BERNAMA

Topik Hangat

Singkir Tajuddin jadi pengarah pilihan raya, desak pimpinan UMNO – Laporan

KUALA LUMPUR – Ura-ura mengatakan ramai pimpinan UMNO “tidak senang” dengan sikap Ahli Parlimen Pasir Salak, Datuk Seri Tajuddin Abdul Rahman sebagai pengarah pilihan...

Muhyiddin Nak Jadi Menteri Kewangan Tapi Saya Pilih Lim Guan Eng – Mahathir

SHAH ALAM - Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng dipilih menjadi Menteri Kewangan semasa Pakatan Harapan (PH) memerintah kerana berjaya menguruskan kerajaan Pulau Pinang...

Yayasan Bank Rakyat Taja Program Tuisyen Kepada 13,212 Pelajar Pada Tahun 2020

YAYASAN Bank Rakyat (YBR) telah memperuntukkan hampir RM550,00 untuk 253 Program Tuisyen Rakyat sepanjang tahun 2020 di seluruh negara walaupun ketika pandemik Covid-19, menurut...

Berita Berkaitan

Muhyiddin Mana Lebih Sakit Kena Cucuk Atau Titah Agong?

KUALA LUMPUR - Perkara yang paling ditakuti oleh Tan Sri Muhyiddin Yassin dan parti yang dipimpinnya ialah sidang Parlimen dan Pilihan Raya Umum...

SPRM Gagal Gantung Keputusan Lucut Hak Wang RM100,000 Milik Kasitah Gaddam

KUALA LUMPUR - Pihak pendakwaan hari ini gagal menggantung pelaksanaan perintah Mahkamah Tinggi di sini yang menolak permohonannya untuk melucut hak wang berjumlah RM100,000...

Tiada Apa Perlu Ditakutkan Dengan Suntikan Vaksin COVID-19, Kata Penerima Awal

PUTRAJAYA - Tiada apa yang perlu ditakutkan dengan suntikan vaksin COVID-19 kerana suntikan itu macam suntikan biasa untuk kesejahteraan diri, kata seorang petugas Kementerian...