KUALA LUMPUR – UMNO telah membuat keputusan bijak dan tepat apabila menyingkirkan Datuk Seri Tajuddin Abdul Rahman sebagai Pengarah Pilihan RayaSingkir Tajuddin sebagai Pengarah Pilihan Raya keputusan mendahului yang tepat parti.

Veteran UMNO, Tan Sri Shahrir Samad, keputusan UMNO menguggurkan Tajuddin ternyata mendahului dan mengelakkan keegoan dan nafsu manusia.

“Keputusan yang tepat pada ketika itu.

“Ia mendahului dan mengelakkan angkara keegoan dan nafsu manusia.

Pada 13 Julai 2021, Timbalan Presiden UMNO, Datuk Seri Mohamad Hasan dilantik sebagai Pengarah Pilihan Raya parti berkuat kuasa serta-merta.

Pelantikan itu bagi menggantikan Ahli Parlimen Pasir Salak, Datuk Seri Tajuddin Abdul Rahman.

Menurut Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi, penstrukturan semula Jabatan Pilihan Raya UMNO itu adalah untuk memperkukuhkan organisasi di setiap peringkat parti dan akar umbi.

“Mohamad yang kini menjalankan tugas sebagai Pengerusi War Room Barisan Nasional (BN) dan UMNO, diamanahkan sebagai Pengarah Pilihan Raya UMNO berkuat kuasa serta-merta,” katanya.

Ahmad Zahid berkata, kedudukan Mohamad sebagai Timbalan Pengerusi BN akan memudahkan proses membuat keputusan dalam soal persiapan pilihan raya yang membabitkan semua parti komponen.

Tajuddin sebelum ini dilantik ke jawatan itu pada 4 November 2020 bagi menghadapi Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15).

Dikatakan ia rentetan daripada
tular rakaman audio didakwa mirip suara Tajuddin ketika mesyuarat MKT UMNO yang menyifatkan keputusan parti itu menarik sokongan daripada Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin ketika rakyat bergelut dengan krisis COVID-19, sebagai tidak wajar.

Selain Shahrir, Ahli MKT UMNO, Datuk Dr Puad Zarkashi juga ‘membahan’ Tajuddin di media sosial.

“Diharap penerbit filem pecah panggung “Mat Kilau” akan buat pula filem baru “Pasir Salak Saksi Hidup”.

“Sudah pasti filem itu bukannya pecah panggung, tetapi panggung yang pecah,” sindirnya.