Selesai segera isu dalaman parti

- Advertisement -

PEKAN – Semua ahli UMNO Bahagian Pekan perlu mencari jalan menangani kemelut dalaman parti itu secepat mungkin.

Perkara itu penting untuk memastikan UMNO kekal relevan dan kembali diyakini rakyat.

Ketua UMNO Bahagian Pekan, Datuk Mohammad Fakhruddin Mohd Ariff berkata, perubahan total di setiap peringkat dalam Bahagian juga perlu dibuat dengan ikhlas.

“Kita gagal (sebelum ini) kerana masih ada perbalahan dan sabotaj dalam kalangan ahli kita sendiri.

“Sampai sekarang, masih ada yang bersikap ingin menjatuhkan sesama kita sedangkan kita berada dalam parti yang sama.

“Sebab itulah, suka saya ingatkan bahawa apa yang disuarakan Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail mengenai kepentingan menyedari semangat ‘Kita Orang Parti’ itu, perlu dipertahankan,” katanya dalam satu kenyataan media di sini, pada Rabu.

Mohammad Fakhruddin turut mengingatkan semua ahli UMNO Bahagian Pekan untuk meletakkan perjuangan parti lebih utama berbanding agenda peribadi.

Katanya, UMNO perlu kembali menjadi juara di hati rakyat dan konsisten membela nasib bangsa, agama dan tanah air.

“Kita tiada pilihan selain kembali kepada perjuangan asal, bekerja keras, buang yang keruh dan saling bantu-membantu,

“Saya minta semua AJK  (ahli jawatankuasa) dan petugas UMNO di peringkat Bahagian sentiasa memantau luahan rakyat di media sosial, dengar, ambil berat dan berusaha atasi masalah itu sebaik mungkin.

“Berikan maklumat tepat kepada mereka dan ini juga perkara penting yang sering ditekankan Datuk Seri Najib Razak ketika beliau mengetuai (Bahagian) kita,” katanya.

 

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat