“Konsert Lagenda Rock Vol 1” Himpunkan 4 Jenama

- Advertisement -

Genre rock terus hidup tanpa noktah malah lagu-lagu yang berpaksikan nuansa rock juga terus malar segar di minati hingga kini. Tidak hairanlah mengapa genre itu seakan sudah sebati dengan jiwa peminat mahupun pendengar dahulu dan kini.

Mereka yang membesar dengan lagu-lagu yang bernuansakan rock sudah pasti ‘mengangkat’ kumpulan rock dahulu sebagai ‘lagenda’, lantaran itu pihak Mutiara Optimum Sdn Bhd berusaha agar kumpulan-kumpulan yang di klasifikasikan sebagai lagenda di atas satu pentas dan di jenamakan sebagai “Konsert Lagenda Rock Vol 1”.

XPDC, Rusty Blade, May dan Babylon menggalas tanggungjawab yang di amanahkan malah
membuka lembaran rock itu sendiri di pentas yang cukup berprestij serta eksklusif, Mega Star Sg Wang Plaza Kuala Lumpur pada 16 Julai nanti.

“Kami di Mutiara Optimum merasa cukup teruja kerana ke empat-empat kumpulan sudi menerima lamaran kami untuk beraksi di konsert Lagenda Rock Vol 1, kami juga berharap agar ianya menjadi satu epik sebagai sebuah konsert yang harus di kenang oleh para peminat rock khususnya”, ujar Nurul Amira ketika sidang media yang di adakan di Hotel Royal Chulan pada 31 Mei lalu.

“Saya yakin ramai peminat kumpulan XPDC dan May yang tidak sabar untuk melihat mereka beraksi, apatah lagi Rusty Blade dan Babylon yang sudah sekian lama tidak beraksi di pentas hiburan”, tambahnya. Zan yang juga pemain dram kumpulan Rusty Blade menyatakan keterujaannya setelah sekian lama tidak tampil dalam mana-mana konsert samada di Malaysia mahupun Singapura.

“Rusty Blade masih lagi mengekalkan anggota asal kecuali tempat Man Karen yang kini di ganti oleh orang lain, dimana peminat pun ramai yang mengetahui bahawa Man Karen kini kurang sihat, namun begitu ianya tidak sedikit pun mematahkan semangat kami”, ujar Zan
Mungkin ramai yang membesar dengan lagu-lagu Babylon yang cukup berat melodinya antaranya Metal Fire, Fight For Freedom, Jambatan, Haruman Berbisa dan sebagainya.

“Ini adalah peluang keemasan yang sudah lama kami nantikan, tidak ramai penganjur di luar sana yang berani untuk membawa Babylon dalam konsert-konsert yang mereka anjurkan. InshaAllah kami akan memberikan yang terbaik buat peminat dan sudah pasti lagu-lagu yang berirama keras bakal kami sajikan”, ujar Hassan selaku gitaris Babylon.

“Lebih menarik untuk konsert ini Babylon bakal tampil dengan anggota baru. Baru tak baru mereka adalah nama-nama yang anda semua cukup kenal di persada muzik Malaysia. Apa yang pasti Rock n Roll pasti bergema di dewan konsert itu nanti”, tambahnya.

Berbeza dengan May yang akan tampil dengan vokalis baru mereka, meskipun baru berusia 20an namun janji Kelvin untuk tidak menghampakan peminat tegar May seakan satu akujanji yang bakal dihakimi oleh para peminat di konsert itu nanti.

“Saya tidak mahu meletakkan tanda aras buat Kelvin, namun daripada apa yang saya lihat dia mampu untuk menggalas tugas selaku vokalis May bersandarkan pengalaman yang dia ada”, ujar Yus selaku bassis May.

“Ini merupakan konsert sulung pertama Kelvin bersama May. May juga kini sedang dalam proses untuk meriliskan single terbaharu sebagai hadiah buat peminat yang rindukan May”, ujarnya.

Kredibiliti XPDC sudah tidak perlu dipertikaikan, keupayaan vokal Ali yang lantang membawakan lagu-lagu yang bernada tinggi seakan menyuntik semangat peminat.

“InshaAllah XPDC akan memberikan komitmen yang jitu untuk memberikan lebih warna kepadakonsert Lagenda Rock Vol 1, saya pasti setiap kumpulan ada peminatnya yang tersendiri namunsebagai peminat anda haruslah memberikan kayakinan penuh kepada semua band yang akan beraksipada konsert itu nanti”, ujar Ali.

Peminat yang ingin menyaksikan Konsert Lagenda Rock Vol 1 boleh mendapatkan tiket-tiket yang berharga RM288 (pembelian awal melayakkan anda untuk menikmati potongan 15 peratus). Tiket boleh dibeli di www.MyTicket.asia.

 

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat