Najib kata Mahathir tak relevan lagi

- Advertisement -

KUALA LUMPUR – Datuk Seri Najib Razak menganggap Tun Dr Mahathir Mohamad sudah tidak relevan lagi dan akan terus meratib nama ‘Najib’ sehingga ‘pejam mata’.

Najib yang juga Pengerusi Lembaga Penasihat Barisan Nasional (BN) menyatakan demikian memandangkan dalam siri jelajah Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor pada Mac lalu, tempat Dr Mahathir berkempen di Ayer Hitam juga Pejuang hilang deposit.

“Tempat Atuk (Dr Mahathir) kempen di Ayer Hitam pun hilang deposit. Maknanya dia sudah tidak relevan lagi.

“Dia nak ratib hari-hari Najib…Najib. Itu selagi dia tidak pejam mata dia, dia akan ratib nama saya.

“Tapi saya suka dia ratib nama saya sebab rakyat sudah bosan. Rakyat dah meluat. Rakyat nak tahu apa yang kita akan buat untuk rakyat.

Sebab itulah apapun yang dia serang peribadi akhirnya soal penentu pilihan raya apa yang kita boleh buat untuk rakyat dan dalam hal ini tidak ada parti yang boleh lawan dan menggantikan BN,” kata Najib dalam ucapannya di Konvensyen ke-48 BN pada Rabu.

Hal demikian kata Najib lagi, sewaktu berdebat dengan Datuk Seri Anwar Ibrahin dalam Debat Perdana isu Sapura baru-baru ini beliau asyik sebut rakyat.

“Sebab itu saya berdebat dengan Anwar, saya asyik sebut apa? Rakyat, rakyat, rakyat.

“Anwar sebut? Forensik, forensik, forensik. Kenapa? Rakyat ingat saya cakap apa? Rakyat. Anwar forensik,” ujar Najib lagi.

Dalam perkembangan lain, Ahli Parlimen Pekan itu juga menempelak tindakan kerajaan sebelum ini yang menjual aset negara kerana katanya ia akan memusnahkan masa depan generasi akan datang.

“Yang saya terkedu ini pasal dia jual aset. Dia jual aset. Kita kalau nak kaya, kita kena tambah aset. Bila tambah aset, tambah kekayaan negara.

“Bila jual aset generasi akan datang nak makan apa? Ini dah elok-elok second largest healthcare provider in The World IHH, tiba-tiba jual kepada Mitsui. Hilang kontrol. Hospital Mount Elizabeth di Singapura milik Khazanah, milik Malaysia. Berpuluh-puluh hospital di Turki, di India, kita punya.

“Kerana ini semua kita mesti beritahu kepada rakyat bahawa kita mesti hukum Pakatan Harapan (PH) pada pilihan raya akan datang. Dan mereka mesti hukum Perikatan Nasional (PN) juga. Sebab apa? Sebab tipu nak lawan kena gantung Parlimen.

“Padahal dia kecut perut. Nak berdebat di Parlimen tak ada majoriti, itu sebenarnya. Ini bukan saya cakap, saya tanya. Ada menteri dalam itu, saya tanya dia mengaku depan saya nawaitu untuk selamatkan kerajaan daripada undi di Parlimen, bukan lawan Covid-19,” dakwa Najib.-SUARATV

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat