Pembangkang kucar-kacir, Najib harap Top 5 UMNO nasihatkan PM tentang PRU-15

- Advertisement -

KUALA LUMPUR – Memandangkan parti pembangkang berada dalam keadaan kucar-kacir maka ini waktu tepat untuk dilaksanakan Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU-15),” kata Datuk Seri Najib Razak.

Pengerusi Lembaga Penasihat Barisan Nasional (BN) itu bagaimanapun, menyatakan tarikh Pilihan Raya Umum akan diputuskan bersandarkan kepada rundingan.

Yakni Top 5 UMNO akan berunding sebaik-baiknya untuk pastikan Perdana Menteri membuat keputusan tepat dan bijaksana mengenai tarikh PRU-15, katanya.

“Hari ini pembangkang dalam keadaan kucar-kacir. PKR cuma 12 peratus sahaja mengundi, Pejuang dah ditolak, Bersatu pula tinggal dua kerusi saja di Johor, sokongan PAS pun dah menurun, DAP pun dah ditolak. Maknanya pembangkang kini kucar-kacir.

“Kita walaupun ada masalah seperti inflasi. BN makin kukuh dan lebih bersatu.

“Kita dah putuskan Top 5 (UMNO) iaitu Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi, (Datuk Seri) Mohamad Hasan dan Naib-naib Presiden berundinglah sebaiknya.

“Pastikan membantu Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob buat keputusan tepat dengan posisi dengan baik. Memandangkan peluang (menang) sangat tinggi,” kata Najib sewaktu menyampaikan ucapan di Konvensyen BN ke-48 di WTC Kuala Lumpur pada Rabu.

Malah kata bekas Perdana Menteri itu lagi, PRU-15 adalah penting dan ia merupakan masa depan BN negara amnya.

“Peluang sangat tinggi, ini bukan soal Zahid, soal Najib atau Ismail Sabri ke. Ini soal masa depan BN dan negara kita.

“Kalau kita ada amanah, diberi kuasa buatlah keputusan dengan tepat dan bijaksana. Jangan fikir hal-hal diri tapi fikirlah masa depan parti dan masa depan negara kita. Jika prinsip ini tertanam dalam diri kita, InsyaAllah BN akan kembali berkuasa,” seru Najib.-SUARATV

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat