Koop Sahabat Ikrar Bebas Rasuah

- Advertisement -

KUALA LUMPUR –  Koperasi Sahabat Amanah Ikhtiar Malaysia Berhad (Koop Sahabat) menyatakan komitmen untuk bebas rasuah dengan melafazkan Ikrar Bebas Rasuah (IBR) disaksikan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) cawangan Negeri Selangor hari ini.

Pengerusi Koop Sahabat, Mohd Najib Haji Mohd Noor berkata usaha ini merupakan inisiatif pihaknya bagi memantapkan sistem perundangan dan struktur governan bagi memperkasakan koperasi sebagai pemangkin kepada pertumbuhan sosio ekonomi yang inklusif.

“Koop Sahabat komited untuk mengekalkan prestasinya sebagai koperasi terbaik Malaysia, setelah diiktiraf sebagai koperasi ke – 5 terbaik Malaysia oleh SKM pada tahun 2021.

“Koop Sahabat ingin melahirkan persekitaran perniagaan yang bersih daripada unsur-unsur rasuah dan masalah integriti bagi pencapaian yang cemerlang dan kompetitif serta melahirkan warga kerja yang berkualiti tinggi dan prodaktif” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Diketuai oleh Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Koop Sahabat Mazri Mahmood, lafaz ikrar bebas rasuah itu disaksikan oleh Timbalan Pengarah Pencegahan, SPRM Selangor, Ridzuan Abd Malik.

Maljlis Ikrar Bebas Rasuah bertujuan memberi penekanan janji untuk menjauhi dan membebaskan diri dalam sebarang perbuatan yang menjurus terhadap rasuah.

Usaha ini juga merupakan inisiatif Koop Sahabat bagi menyahut saranan Kementerian Usahawan dan Koperasi (KUSKOP), serta Suruhanjaya Koperasi Malaysia (SKM) dalam menyeru setiap koperasi di Malaysia mengangkat ikrar integriti bagi mengukuhkan integriti anggota lembaga, pengurusan dan warga kerja sebagai pencetus amalan tadbir urus koperasi yang mantap.

Lafaz ikrar integriti ini juga disertai oleh warga kerja Koop Sahabat di 25 buah cawangan Sahabat Ar Rahnu seluruh Malaysia serta kumpulan anak syarikatnya.

Pada majlis yang sama, warga kerja Koop Sahabat turut diberi pendedahan berkaitan jenayah rasuah menerusi syarahan integriti bertajuk “ Bina Integriti, Jauhi Rasuah “ yang disampaikan oleh pihak SPRM.

Untuk rekod, Koop Sahabat adalah sebuah koperasi perkhidmatan yang ditubuhkan pada 30 Ogos 2012 di bawah Akta Koperasi 1993 dengan keanggotaan kini melebihi 240,000 anggota seluruh Malaysia yang terdiri daripada usahawan wanita B40.

Perniagaan Koop Sahabat kini meliputi perniagaan dalam Perkhidmatan Kewangan seperti Ar Rahnu, bidang Hartanah, Pelaburan Korporat, Pelaburan Strategik serta pelaburan didalam ekuiti awam.

Koop Sahabat telah tersenarai dalam 10 koperasi terbaik di Malaysia, tiga tahun berturut – turut oleh Suruhanjaya Koperasi Malaysia (SKM).

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat