Potong juga elaun, imbuhan keraian menteri yang lebih besar daripada gaji – Mohamad Hasan

- Advertisement -

KUALA LUMPUR – Inisiatif kerajaan Perikatan Nasional (PN) yang menetapkan Kabinet tidak mengambil gaji bagi tempoh tiga bulan dipuji dan disambut baik, Timbalan Presiden UMNO, Datuk Seri Mohamad Hasan.

Beliau bagaimanapun mendesak pemotongan pelbagai elaun dan imbuhan keraian yang tinggi dinikmati jemaah menteri.

Keputusan Jemaah Menteri untuk tidak mengambil gaji bagi tempoh tiga bulan adalah disambut baik.

“Namun ia janganlah sekadar gaji. Ia mesti termasuk pelbagai elaun dan imbuhan keraian yang selalunya lebih banyak dan tinggi, mengatasi gaji para Menteri.

“Kepimpinan melalui teladan dalam saat krisis segenting ini adalah kemestian yang sepatutnya telah lama dipamerkan.

“Kepada Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin semoga segala insentif Pemerkasa Tambahan yang diumumkan akan segera dilaksanakan tanpa berlengah, dengan telus, amanah dan cekap,” nasihat Mohamad.

Dalam pada itu, kata Mohamad, Pemerkasa Tambahan yang diumumkan oleh Perdana Menteri malam tadi adalah langkah penting yang sangat diperlukan.

“Meningkatkan kapasiti kesihatan awam adalah intervensi kritikal pada masanya. Malaysia sangat memerlukan lebih banyak ICU, sumber tenaga dan program vaksinasi.
Menyedari kekangan fiskal kerajaan, amatlah penting setiap sen peruntukan untuk peningkatan kapasiti sektor kesihatan awam ini dimanfaatkan dengan telus dan mendatangkan impak sebaiknya.

“Kita tidak mahu pelaksanaannya nanti terjadi ketirisan, ketidakcekapan sistem serta pembaziran.

“Peruntukan yang banyak mesti mendatangkan impak berganda. Kita mesti mengambil pengajaran dari pembangunan sistem pendaftaran vaksinasi, yang walaupun besar tetapi tidak berfungsi dengan baik dan menimbulkan kesusahan kepada rakyat,” ujar beliau.

Mohamad menambah, penerusan Bantuan Prihatin Rakyat juga sangat bertepatan dengan keadaan semasa.

“Kerajaan sedaya upaya berusaha meluaskan bantuan ini kepada seramai mungkin rakyat.

“Mungkin strategi ini boleh diperbaiki dengan memastikan golongan paling terjejas menerima lebih banyak bantuan.

“Ekuiti dalam pengagihan bukan bermakna semua mendapat bantuan yang saksama. Mereka yang memerlukan lebih wajar menerima lebih banyak dan yang kurang terjejas, menerima sekadarnya,” kata beliau lagi.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat