Lim Kok Wing meninggal dunia

- Advertisement -

KUALA LUMPUR – Tokoh pendidikan, usahawan dan seniman tersohor negara, Tan Sri Lim Kok Wing menghembuskan nafas terakhir pagi ini, 1 Jun 2021.

Berita pemergian tokoh ini disahkan oleh seorang pembantu Kok Wing namun dia enggan memberi maklumat lanjut.

Minggu lalu, Kok Wing dilaporkan berada dalam keadaan stabil di hospital selepas jatuh di rumahnya.

Beliau memulakan kerjayanya sebagai kartunis, dan kemudian beralih ke bidang periklanan, di mana beliau menubuhkan agensinya sendiri, Wings Creative Consultants.

Pada 1991, beliau menubuhkan Limkokwing Institute of Creative Technology yang pertama, dan sehingga kini, telah membuka cawangan di benua Asia, Eropah dan Afrika.

Malah pernah menjawat jawatan sebagai penyelaras kempen bekas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak kerana dipercayai bagi membantu melonjak imej Najib.

Beliau yang juga seorang pakar pengiklanan dan pendidik, sebelum ini turut dikreditkan untuk kempen seperti kempen anti-merokok ‘Tak Nak’ dan program ‘Satu Hati, Satu Negara’.

Beliau juga pernah diisytihar sebagai CEO BrandLaureate Terbaik edisi 2009-2010 sebagai pengiktirafan kepada kecemerlangan jenama syarikatnya.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat